Thursday, January 7, 2010

Terkenang Semasa Dulu

Sehari dua ni aku teringat2 zaman persekolahan aku dulu... semua memori suka duka yang terakam dalam lipatan diari hidupku terasa seolah-olah dibuka helaiannya satu persatu. Kenangan zaman kanak-kanak sehinggalah aku menginjak usia remaja menggamit kesyahduan dan kerinduanku kepada rakan2. Entah di manalah mereka semua ni agaknya...? Aku melalui zaman persekolahan yang agak berbeza dari rakan2 lain. Mungkin disebabkan abah seorang tentera, kekal di satu tempat utk jangkamasa yang agak lama agak sukar bagi kami. Disebabkan tugasan abah yang memerlukan beliau berkhidmat dari satu negeri ke negeri yang lain, sekolah kami adik-beradik pun sering bertukar. Sebelum aku menjejakkan kaki ke sekolah pun, aku dah merasa suasana pindah randah ni banyak kali...

SEKOLAH RENDAH



1. SK Angkatan Tentera, JB

2. SK Panglima Adnan, Port Dickson





Mungkin itu antara faktor kenapa aku tak ramai sahabat yang betul2 akrab sepanjang zaman persekolahan. Manakan tidak, belum sempat kami saling mengenali, keluargaku dah mengusung barang berhijrah ke tempat lain. Tugas abah membawanya ke Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan akhirnya kembali ke Johor sebaik abah berpencen pada 1991. Maknanya, sepanjang tempoh zaman remajaku, aku dah menjejakkan kaki ke lebih daripada 5 buah sekolah... disebabkan itu, janganlah rakan2 tersinggung atau berkecil hati andainya aku tak lagi mengingati kalian... Tak ingat tu bukan bermakna aku lupa... hehehe...


SEKOLAH MENENGAH












1. SMR Si Rusa, Port Dickson (Sekarang SMK Bukit Saujana, PD)

2. SMK Skudai, Johor Bahru

3. SM Teknik, Johor Bahru

4. Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru


Walau bagaimanapun, bila aku 'disapa' rakan2 lama (terutama semasa bersekolah rendah bersama) di laman facebook, sememangnya aku merasa teruja dan sangat gembira... Tapi maaflah kalau aku mengambil masa agak lama mengenali rakan2 semua. Maklumlah bukan mudah untuk aku recall balik kenangan masa kecik2 dulu sampai aku meninggalkan bangku sekolah... (walaupun sekarang masih tetap terus ke sekolah setiap hari!) so kalau ada yang masih mengingati aku, terima kasih aku ucapkan... Keep in touch!

2 comments:

Anonymous said...

perh..siap boleh buat blog n novel ni!kau pun peminat ramlee awang murshid ka?hehehe

Zahizan Hasrin said...

hehe..ni jelah cara aku nak ilangkan stress dan luah apa yg aku rasa... mmg minat ramlee awang murshid ni sampai nama blog pun aku guna nama novel dia.. ;P