Semenjak aku kembali ke SMKMA untuk menjalani program sandaran selama 6 bulan ni, desas desus khabar tentang pertukaran pengetua telah mula kedengaran. Mulanya 'angin' yang bertiup agak santai dan perlahan, namun desirannya kian jelas kedengaran sejurus sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2009 lalu. Ia mengundang keresahan dalam kalangan warga pendidik SMKMA. Iyelah.. kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? (Walaupun tak mustahil ada tangan monyet2 nakal cuba menggegarkan dahan pokok tu!!!) Ada yang mengiyakan, tak kurang juga yang langsung tak mau mempercayai berita tak rasmi yang dibawa. Namun, akhirnya terjawab juga teka-teki yg bersarang selama ini...
Sah!!! Datin Pengetua yg dikasihi akan ditugaskan berkhidmat ke sekolah lain... Warga Munshi menerima berita ini dengan pelbagai reaksi. Ada yang termenung panjang, tak kurang juga yang tercengang2. Tumpang gembira kerana beliau kini berada di Gred DG52 (Pengetua Kanan Cemerlang), namun tak dapat ditahan rasa sayu dan sedih yang tersembunyi di sudut hati kerana bakal kehilangan seorang pengetua yg komited dan dedikasi.
29 Januari 2010 merupakan hari terakhir Datin Hajah Hasnah bt Md Sem bertugas di SMKMA setelah berkhidmat selama 5 tahun 3 bulan di sini. Majlis Semarak Kasih Mengenang Budi diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih seluruh warga SMKMA kepada Yg Bhg Datin sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama di sekolah ini. Dalam majlis yang penuh syahdu diiringi sendu sebahagian besar warga SMKMA, Datin Pengetua terus memberikan kata2 semangat agar kecemerlangan terus menjadi agenda yang perlu diberikan keutamaan. Dalam getar suara di akhir ucapannya, beliau sempat mendeklamasikan sajak berjudul "Kita Ini Tetamu Senja" yang begitu menginsafkan dan meruntun perasaan. Selamat meneruskan perjuangan di tempat baru Datin... Terima kasih setulus hati dan semoga kita berjumpa lagi!
No comments:
Post a Comment