Tuesday, January 19, 2010

Emergency!! Call 999!!


Panik!!! Suasana awal pagi yang mulanya tenang, tetiba tercalar apabila tidak semena-mena dua orang murid pengsan di kawasan sekolah akibat terbabit dalam kemalangan jalanraya. Ia berpunca daripada kecuaian mereka menunggang motorsikal. Di celah2 keriuhan dan hiruk pikuk gerombolan warga sekolah yang kebingungan, tiba2 terdengar sayup2 jeritan yang meminta agar panggilan kecemasan segera dilakukan.. Sepantas kilat 999 didail sebelum insiden yang mengundang keresahan itu dilaporkan kepada pihak hospital. Sementara menantikan ambulans tiba, tanpa membuang masa sepasukan anggota PBSM terus menghulurkan bantuan. Rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan diberikan dengan sebaik2nya. Hasil kepantasan dan kecekapan anggota2 terlatih, PBSM berjaya mengendalikan situasi berkenaan dengan baik dan mangsa2 kemalangan dapat diselamatkan.
Insiden tersebut merupakan satu daripada adegan yang terdapat dalam sesi demonstrasi pertolongan cemas yang dijayakan oleh pasukan PBSM sempena Minggu Sejahtera 1Malaysia awal pagi tadi. Tahniah kepada Puan Pang Lee Yee dan anggota PBSM yang telah menjayakan persembahan mereka dengan berkesan. Well-done!!

No comments: