Tuesday, June 15, 2010

Air Mata Kasih


Diam tak diam, cuma tinggal dua minggu aje lagi menjelang detik2 akhir sebelum kaki ini melangkah keluar dari bumi IAB yang banyak menyimpan 1001 memori sepanjang perjalanan aku mengikuti program NPQEL ni. Semakin hampir dengan detik perpisahan, perasaan sayu yg datang bertandang semakin sukar aku sembunyikan (biasalah aku kan Neng Yatimah... hehe). Bagi aku, pelbagai ilmu dan pengetahuan berguna telah dapat ku timba hasil bimbingan pensyarah2 berpengalaman dan rakan2 yang tak pernah lokek dengan pelbagai bentuk perkongsian. Selaku peserta yang tergolong sebagai antara yg paling muda (junior) di kalangan 135 orang pelatih, aku merasa amat bersyukur atas kesempatan dan peluang yg diberikan olehNya untuk aku sama2 menimba ilmu di institusi perguruan tersohor negara ditemani suasana yg hening dan tenang di sini. Tidak aku nafikan, semenjak dua menjak ni air mata semakin mudah tumpah setiap kali rasa 'kehilangan' itu menjengah (dan air mata terasa hangat di pipi ketika aku menaip entri ini utk kesekian kalinya)... Terbayang2 di ruang mata, entah camana agaknya hidup yg bakal aku lalui tanpa kengkawanku yg setia menemani.


Celoteh Juspine heroine Iban terakhir yang tak pernah menjemukan - rakan akrab merangkap tukang urut setiap kali aku migrain kesakitan, leteran 'mesra' Mastura - jiran @ rakan 'sebilik air' yg sering mengingatkan aku tentang rentak dan arus kehidupan, nasihat2 Kak Aida - ustazah penyayang yg sentiasa mendampingi sepanjang aku di sini dan gurau senda Kak Rosmahwati yang tak pernah membuat aku kering gusi, pasti akan amat2 aku rindui. Begitu juga Peter, kaunselor Iban yang sering mengusik dengan telatahnya tersendiri, Zuhardi tok guru silat dari Sarawak yg sangat aku hormati dan Amiluddin, 'apek' Terengganu yg selalu bersama2 menghabiskan hujung minggu di bumi IAB yang sepi pasti akan selalu aku ingati. Terima kasih atas keikhlasan persahabatan yg dihulurkan tanpa syarat dan sempadan... Meskipun 31 orang daripada kita (Kumpulan K4) akan bersama2 meneruskan perjuangan di IPK, Universiti Malaya menjelang 2 Julai 2010 nanti, situasi kita pasti akan berbeza. Buat kengkawan yg terpaksa pulang menggalas tanggungjawab di pundak, salam perpisahan aku hulurkan... sejuta kemaafan aku pohonkan atas keterlanjuran bicara juga perlakuan sepanjang persabahatan ini kita jalinkan. Buat Juspine, Peter, Kak Rosni dan Che Mat MJ, mudah2an perjalanan kalian dipermudahkan dan kami di sini dilupa jangan. Begitu juga kengkawan senior dari kumpulan K1, K2 dan K3 serta kumpulan SR (yg bakal ke UPSI) selamat meneruskan perjuangan dan semoga apa jua yg direncanakan berjaya dilaksanakan.

Damai hembusan bayu semilir,
Sejuknya sampai ke hujung sana;
Sambutlah rakan salam terakhir,
Buat kenangan sepanjang usia...


Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung...


SALAM PERPISAHAN & SAMPAI JUMPA LAGI....

6 comments:

Kengkawan said...

benci nya berpisah eh...

Izan Hasrin said...

betul andak..
setiap yg awal ada akhirnya, setiap yg pangkal ada hujungnya, setiap yg hidup ada matinya, setiap pertemuan akan ada perpisahan menjelma... semuanya kena dihadapi dengan tabah dan senyuman tetap perlu diukirkan walau dlm tangisan...

Izan Hasrin said...
This comment has been removed by the author.
Sidratul Muntaha said...

Kak Izan.

Innalillah...Takziah.Semoga sabar terima ujian.Jangan lupa untuk senyum.Yang pergi takkan kembali.

Al fatihah~

Izan Hasrin said...

Fatin..

Terima kasih atas ingatan Fatin. Akak redha akan kepulangan abah ke rahmatullah. Sedih & rasa kehilangan masih tetap membekas di hati namun doa utk kesejahteraan abah akan terus akak panjatkan, senyum akan terus akak ukirkan & tgjawab sbg anak akan terus akak tunaikan... insyaAllah.

Izan Hasrin said...

Fatin..

Terima kasih atas ingatan Fatin. Akak redha akan kepulangan abah ke rahmatullah. Sedih & rasa kehilangan masih tetap membekas di hati namun doa utk kesejahteraan abah akan terus akak panjatkan, senyum akan terus akak ukirkan & tgjawab sbg anak akan terus akak tunaikan... insyaAllah.