Monday, June 28, 2010

Al-Fatihah Untuk Abah...


Abah adalah insan yg amat istimewa di hatiku. Dialah sahabat akrab merangkap penasihat terbaik yg pernah hadir dalam hidupku. Aku mengaku, memang aku anak manja abah... Abah seorang lelaki ceria yang tak pernah lokek dengan kata2 perangsang agar aku terus menggapai cita2 yg aku impikan. Semenjak Ramadhan tahun lalu abah kerap jatuh sakit sehinggalah akhirnya abah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri kerana kondisi kesihatannya yang semakin merosot. Mungkin rezeki aku agaknya, abah mula dimasukkan ke hospital ketika aku mula menjalani program sandaran di Kulaijaya, Johor semasa dalam latihan NPQEL anjuran IAB Genting Highlands. Justeru, sepanjang abah di hospital, akulah penemannya yg paling setia. Bermalam di hospital dan berulang-alik menemani abah seolah2 menjadi rutinku ketika itu. Ditambah dengan kesihatan emak yg kurang baik dan adik-beradik yg masing2 sibuk dengan tanggungjawab kepada rumahtangga, memang akulah satu2nya 'harapan negara' menjaga abah di sana. Keluar buat kali ketiga dari hospital, aku amat bersyukur bila abah bersetuju untuk berpindah ke rumahku bersama2 emak dan adik bongsuku, Eman sementara rumah abah di TSP disewakan walaupun aku tahu abah sangat2 sayangkan rumah tempat kami semua membesar dan sama2 dewasa. Di rumah ini jugalah, abah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada jam 9.30 malam 25 Jun 2010 yg lalu. Ketika itu, aku baru saja tiba di rumah dari Genting Highlands pada jam 8.30 malam yg sama. Selepas bersalaman dengan abah, tiba2 aje abah rebah dan meninggalkan aku buat selama2nya. Abah seolah2 menunggu kepulanganku sebelum kembali menemui Allah swt. Selagi hayatku dikandung badan, tak mungkin dapat aku lupakan renungan dan senyuman abah tatkala menyambut kepulanganku malam itu. Dunia terasa gelap, hati terasa sepi dan seisi alam seolah2 terhenti... Pemergian abah ke alam baqa' memberi kesan yg besar kepada hidupku. Hilang sudah tempat aku bermanja, tempat aku mengadu segala kemelut hidup yg aku depani, tempat berkongsi kegembiraan dan kesedihan hati. Mudah2an abah dimasukkan ke dalam golongan para solihin. Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiranku. Betapa sayunya hati ini kerana selalunya abah adalah org pertama mengucapkan selamat hari lahir kepada ku saban tahun kecuali pada hari ini...


Abah... adik akan sentiasa merindui abah... Ketiadaan abah meninggalkan ruang kosong dalam hati adik yg tak mungkin dapat diisi dan diganti oleh sesiapapun. Adik sayaaaang abah! Salam kasih berpanjangan untuk abah tercinta - Hj Hasrin bin Anas (19.01.1950 - 25.06.2010). Al-Fatihah...

7 comments:

NOOR AFIQAH said...

Moga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmatNya keatas arwah (Pak In) dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman... AMIN.


moga Kak Izan sekeluarga tabah menghadapi dugaan dariNYA...


mohon maaf juga tak dpt hadir JB aritu.. Kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan...

Unknown said...

salam kak jan..bergenang air mata tatkala membaca entri akak kali nie...doa sy mudah2an akak trus tabah walau tidak ditemani insan yg paling akak sanjung n syg...takziah sy ucapkan...luv u kak jan...

Unknown said...

salam kak jan..bergenang air mata tatkala membaca entri akak kali nie...doa sy mudah2an akak trus tabah walau tidak ditemani insan yg paling akak sanjung n syg...takziah sy ucapkan...luv u kak jan...

Izan Hasrin said...

afiqah - amin & terima kasih ika kerana mendoakan Pak In...

Izan Hasrin said...

anak ain ~ betapa berat bahu yg memandang berat lagi pundak yg menggalasnya.. anyway thanks a lot for yr support (i really need that now). luv u too!

Hakimi Md Nor said...

Izan, aku dpt berita sedih tu drpd kwn2 kita. Takziah dari aku & Darlina. Semoga allahyarham dimasukkan ke dalam golongan org2 yg diredhaiNya. Aku dah melaluinya masa kehilangan Rina dulu dan aku faham apa yg ko lalui. Tabahkan hati demi ibumu. Perlukan apa2 bantuan, aku sentiasa ada utk ko.. ok? Jaga diri..

Izan Hasrin said...

Hakimi, terima kasih atas doa & ingatan buat abahku. Aku dah semakin ok dan sedang cuba sedaya upaya utk kuat mendepani dugaanNya..