Friday, June 4, 2010

Semerah Mentari


Pagi ni indah sekali... Mentari kelihatan seakan-akan malu mengintai di celah-celah awan ketika subuh masih setia mendakap sunyi embun pagi. Sebaik ia menjengahkan wajah memancarkan sinar menyimbah bumi yang luas terbentang, terdengar riuh bunyi unggas mendendangkan irama gembira. Sang suria menyapa ramah, membisik rindu pada pagi yang cerah tanpa bebayang awan kelabu. Selang beberapa ketika, mentari bundar terus naik perlahan-lahan menerangi suasana penuh ceria dengan cahaya yang mula perit menjamah kulit. Alangkah indah dan damainya... lantas hati segera memaut kesyukuran kepada Maha Pencipta atas kurniaNya. Aku memang selalu gagal untuk memotretkan betapa cantiknya suasana ketika terbitnya suria pagi (memang xde skill fotografi pun...hehe) apatah lagi menzahirkan perasaan aku tatkala menikmati panorama alam itu dengan kalimah yang indah bermadah. Namun, hari ni sebaik menatap garapan terbaru Dr Ismail Talib menerusi albumnya Taman Negara Endau-Rompin Selai Bekok Segamat, aku jadi sangat teruja menyaksikan merah kaki langit menyambut kehadiran mentari pagi. Aduhai... alangkah terbuai rasa hati menikmati sinar cerah mentari yang menyebar lembut warna jingganya, mencerap tabir hening dhuha yang tenang... Terima kasih setulus hati buat sahabatku Dr Ismail, kerana merakam saat2 indah pagi tadi dan keizinan yg diberi untuk foto2 yg cantik diabadikan dalam blog ni... Terusik pulak jiwang tahap gaban aku tanpa dapat ditahan-tahan. Apatah lagi tetiba je aku teringat ungkapan : Bila mentari tidak semerah saga, mana mungkin awan akan seputih kapas dan taman akan sehijau zamrud.. Renung-renungkan dan selamat beramal... hehehe :)

11 comments:

Sidratul Muntaha said...

haha..aduh.dengan latar belakang muzik instrumental ditambah lagi dengan puisi macam ni saya pun terjangkit dgn kejiwangan kak zan.haha..

Selamat Bercuti Cikgu :)

Hakimi Md Nor said...

Matahari / suria / mentari...=> izan (u r my sunshine) ;)

Zahizan Hasrin said...

Hahaha.. bahaya ni, virus dah kian merebak nampaknya sampai Fatin pun dah dijangkiti.. :) Thanks, Fatin. Anyway, akak x cuti la dik. Cuti dah abes & esok dah nak berangkat ke Genting balik utk menyambung perjuangan yg blom selesai... :)

Zahizan Hasrin said...

Hakimi... aiiii? sejak bila lak aku jadik 'sunshine' ko ni? Roti 'sunshine' nak? Wakakaka ;P

Anonymous said...

tu dia,,ada SA ye?? hehehe anyway thanx z coz mengglamerkan aku yg pemalu ni haha (pemalu la sangat)..dear readers..if u have any suggestion on what picture should i snap n hand it over to izan for blogging, please feel free to spell ur ideas here..thanx..

Zahizan Hasrin said...

Takde maknanye SA tu la mail.. So, sesapa ada request tu boleh la gitau utk dipjgkan kpd dr ismail kita ni, ok :)

Sidratul Muntaha said...

Apa kata Encik Ismail snap gambar budak-budak secara spontan.Oh,comelnyer!


;')

Intan said...

Apa kata snap gambo2 pergerakan? Cth: org main layang2, bola tampar, lari ke.. apa2 aktiviti outdoor la mesti happening kan?

Anonymous said...

dear readers..thanx for ur suggestions..so this means taking a candid/street photo..hehe i'll try my best ok..;)

Anonymous said...

zan,kalau gambo bangunan2 (lama ke baru tak kiralah janji pelik@unik) ok tak?

Anonymous said...

zan,kalau gambo bangunan2 (lama ke baru tak kiralah janji pelik@unik) ok tak?