Tuesday, June 1, 2010

Mere Nam... Izan!

Apa ada pada nama? Bunyiknya seolah2 nama tu tak penting. Sape kata nama tak penting...? Meskipun ada sesetengah pihak mungkin beranggapan sedemikian, bagi aku nama memang memainkan peranan dalam hidup. Namun bagi aku, bicara pasal nama ni selalu buat aku tergelak2 sendiri.

CERITA 1 : ADIK
Start dari aku darjah satu lagi... nama aku selalu jadik kontroversi. Apa tidaknya, first time cikgu panggil nama satu persatu dalam kelas, nama aku yg missed. Kwn2 ku yg dipanggil semuanya menyahut gembira dan mengangkat tangan tanda hadir ke kelas 1 Jujur di SK Angkatan Tentera, JB. Malangnya sampai ke sudah namaku tak jugak disebut2... sampai akhirnya cuma tinggal satu nama je yang tak bertuan. "ZAHIZAN BT HASRIN!" jenuh gak Cikgu Rahim melaung. Aku tengok kanan kiri takde sape yang mengaku sbg tuan punya nama tu. Pikir punya pikir terdetik pulak kat hati aku.. ehhh, HASRIN tu macam nama abah je (selalu aku tgk kat name tag uniform askar abah)... agaknya aku ke yang cikgu panggil tu? Balik sekolah petang tu aku terus tanya kat emak, betul ke nama ADIK ni ZAHIZAN, mak? Emak ketawa sambil mengiyakan. Tu la pertama kali aku tau nama sebenar aku... dah nak wat camane? Kat rumah aku memang dipanggil ADIK sampai la dah tua renta ni... hehehe...

CERITA 2 : Z
Nama Z ni diberi oleh Cikgu Nornikman, guru disiplin masa aku darjah 4 Delima kat SK Panglima Adnan, Port Dickson. Sebabnya dalam kelas aku tu ada 3 orang yang namanya hampir sama bunyiknya - Azizan, Shamizam & Zahizan. So dek kerana nak membezakan kami bertiga ni, cikgu tu bagi nama gelaran kat kami. Jijan, Sam dan aku, Z. Kelakar jugak bila masih ada kengkawan yg panggil aku Z sampai skg especially kengkawan dari PD yg masih setia menghubungi aku meskipun kami dah terpisah lebih 20 tahun lalu. Tak kisah la geng... Z pun Z lah! ;)


CERITA 3 : IZAN
Selain emak, abah, kakak dan nenek, jarang ada ahli keluarga lain yang panggil aku ADIK. Kalau ada pun jarang la pulak aku nak menyahut. Bukan apa... segan dan janggal plak rasanya. Dlm kalangan family yg lebih besar, ramai yg panggil aku IZAN atau ZAN je. Begitu jugak dlm kalangan kengkawan. Aku lebih selesa mereka panggil aku IZAN berbanding panggilan2 lain. Kalau ditulis jawi IZAN menyerupai bunyi UZUNUN yang bermakna telinga... mendengar kata dan taat (muahaha..!) Sejauh mana ketepatan maknanya tu ada kaitan dengan aku, tak pulak aku tau... Hehehe...

CERITA 4 : JAN
Aku paling tak suka bila orang panggil aku JAN. Tapi nak buat lagu mana? Kebanyakan ahli keluarga yang berlidah Jawa ni susah tol nak panggil aku Izan @ Zan... Pada telinga aku bunyi JAN tu lain macam je konotasinya... Bayangkan le bila yg pangkat anak2 sedara tu panggil aku Mak Jan... ish... tak ke migrain aku dibuatnya! Hahaha...

CERITA 5 : ZAHIZAN
Ni adalah nama yg diberi oleh mak abah semenjak aku dilahirkan di dunia fana ni. Nama aku selalu membuatkan orang keliru sebab ramai yg kompius pasal jantina pemilik nama ni tanpa BIN atau BINTI. Uniknya, tak ramai yg mempunyai nama yang sama dengan nama aku ni. Seingat aku, ex-staff aku dulu, Kak Aslina Basri ada selitkan nama aku pada nama anaknya. Dek kerana obses sgt dengan aku masa mengandungkan anak bongsunya (perasan!) Kak As mengabadikan nama aku pada nama anaknya tu - MOHD ZAHIZAN FITRI. Hehehe... Doa aku, mudah2an anakanda menjadi insan berjaya dan membahagiakan kedua orang tuanya pada masa hadapan. Amin...


Pada aku, tak kisahlah apa dan siapapun kita, nama memang memainkan peranan dalam hidup ni. Nama yang baik boleh menjadi satu doa yang membawa kebaikan kepada pemiliknya. Ia penting sebagai pengenalan tentang identiti dan siapa kita yang sebenarnya. Apa2pun, jom kita pikirkan ungkapan Shakespeare ni bersama... "Bunga mawar jika dipanggil dengan nama apapun tetap harum..." Sekadar berkongsi cerita dalam bicara tanpa suara... :)

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

hahaha..tergelak kiter sorg2 baca citer akak.

Bole pulak tak tahu nama sendiri. :D

Izan Hasrin said...

Hahaha... tu la pasal. So, moralnya kena pastikan anak2 kecik tau nama diorg sblm masuk skolah... :P

Anonymous said...

Cute la citer ni! Hihihi...

Izan Hasrin said...

Anonymous : tqvm :)

Anonymous said...

ha ha ha....tak tahan aku.

Izan Hasrin said...

Anonymous : tak tahan apa tu? hehe