Setelah sekian lama aku merancang untuk bercuti di bumi kenyalang akhirnya cita2 ku tercapai jugak.. Pertemuan sahabat baikku Juspine memang dah lama aku rencanakan. Rindu betul aku pada keletah sahabat nan seorang tu. 20 Disember 2010 aku 'terbang' ke Sarawak dengan pesawat Air Asia seorang diri. Ramai betul orang kat Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai menuju ke destinasi yang sama dengan ku. Penerbangan lancar memudahkan perjalanan ke sana. Ketibaanku di Lapangan Terbang Kuching disambut mesra oleh Juspine dan Bonny. Turut serta ialah adik Phine yang sangat ramah mesra, Meg dan Aa, anak saudaranya yang comel. Aku dibawa oleh Meg dan Aa ke Hotel Harbour View, Kuching. Disebabkan Bonny akan ke India keesokan harinya, Phine 'mengutuskan' Meg untuk menemani aku di Kuching. Menarik sekali bila Meg membawa aku berjalan hampir 2.5 km menyusuri Carpenter Street dan Kuching Waterfront menikmati keunikan budaya dan pemandangan indah bandaraya pada waktu petang. Hari kedua aku dibawa oleh Meg dan Aa ke Jong's Crocodile Farm yg terletak di Siburan. Banyak betul buaya yang ada kat situ. Paling menarik ialah fosil buaya lagenda Sarawak iaitu Bujang Senang yg dipamerkan di situ.. Besor betul Bujang Senang tuuuu... Hari ketiga Phine & Aa membawa aku jauh ke Santubong melawat ke Perkampungan Budaya Sarawak. Aku sangat2 teruja berada di sana. Berpeluang mengenakan pakaian etnik Iban, aku tak melepaskan peluang melaram dan bergambar dengan Phine yg mengenakan pakaian Orang Ulu. Tak puas rasanya bergambar dilatari oleh keindahan Gunung Santubong di celah2 rintikan hujan yang menyambut kehadiran kami di sana.. Hari terakhir di sana, aku bawa oleh Phine, Helen & Aa ke bandar Kuching dan bergambar sepuas2nya di sekeliling bandar Kuching seterusnya ke The Spring menikmati enaknya mi kolok. Indahnya kenangan di Sarawak takkan ku lupakan sampai bila2.. Keramahan, kemesraan dan layanan yg sangat baik oleh Phine sekeluarga akan aku sematkan di sanubari yg paling dalam. Terima kasih semua.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan kembali berkunjung ke sana.. Miss u all!!
Saturday, December 25, 2010
Sayang Sarawak

Friday, December 17, 2010
Malam Bulan Dipagar Bintang
Malam bulan dipagar bintang, tambah seri cuaca malam, indah sungguh ciptaan Tuhan, bulan bintang lampu alam... Andai kata bintang menyepi, bulan tidak berseri, malam terasa sunyi, tidak berseri lagi... Bagai terbuai2 rasa sukma setiap kali mendengarkan bait2 lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan biduanita Puan Sri Saloma ni. Tambahan pulak semenjak dua menjak jiwa raga aku diusik2 perasaan rindu kepada 'si dia' itu.. Rindu yang tak bertepi ni menghambat ketenangan dari datang menjengahkan wajah lantas memasak semarak kasih yang semakin membara di dalam hati ni untuk terus teguh kukuh di sanubari.. Tu dia aihhh... dah datang lagi jiwang karat aku. Hmm... laaaagi la bertambah merapu rasanya aku ni. Hehehe... Itulah penangan cinta. Bak kata sesetengah punjangga - cinta tu misteri. Bunyik macam cliche kan? Yup, aku akui dulu aku memang tak percaya dgn keajaiban yang dibawa oleh cinta. Cinta butalah.. cinta misterilah.. cinta ajaiblah.. bunga2 cintalah.. semua tu tak pernah pun aku amek 'port'. Aku abaikan je sehinggalah aku bertemu dgn 'dia'.. Insan yang berjaya mencuri hati dan merubah seluruh pandangan aku tentang kasih sayang dan rasa cinta yang penuh ketulusan serta lahir daripada keikhlasan hati.. Lagu P. Ramlee dan Saloma tu tambah mengeratkan ikatan yang bakal kami simpulkan tak berapa lama je lagi.. Tak sabar rasanya menunggu kehadiran tahun baru yang bakal melakar sejarah tersendiri dalam kehidupan kami. Memang jiwang sungguh kan aku kali ni..? Blog aku, entri aku, suka ati aku la kan kan kan? Hahaha... Bagi yang tertanya2 dan terpinga2 apa sudah jadi dgn aku ni.. tungguuuuu.. InsyaAllah aku khabarkan berita gembira buat kalian setelah usai segala yg direncanakan. Sementara tu, doakan la kebahagiaan kami terus berkekalan hingga ke akhir usia. Amin ya rabbal 'alamin..
Tuesday, December 7, 2010
Renjis-Renjis Dipilis
4 Disember 2010 (Sabtu) :
Cuti persekolahan datang lagi... Sebagaimana kebiasaan, hujung minggu masing2 akan sibuk menghadiri majlis2 perkahwinan, pertunangan, berkhatam, berkhatan dsbg yg lazimnya memenuhi diari cuti persekolahan yang panjang. 4 Disember 2010 lalu aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sahabat baikku di zaman persekolahan, Mohd Radzuan Othman dan pasangannya Nazarith bt Jamaludin di Nyalas, Melaka. Ditemani sahabat baikku, Kak Aya aku memandu santai ke Bandaraya Bersejarah dengan penuh hemah (ewahhh!) Hujan renyai ditambah dengan bilangan lori dan kenderaan lain di lebuh raya PLUS menyebabkan pemanduanku menjadi agak perlahan daripada biasa. Pesanan org tersayang agar aku berhati2 sepanjang pemanduan pagi itu membuatkan kelajuan agak terbatas. Agak sukar sebenarnya mencari lokasi sebenar Kg Mantai Tengah tu. Puas jugak aku dan Kak Aya bertanya arah sampai ke balai polis sebelum berjaya menjejakkan kaki ke majlis Wan yang meriah tu. Bagai ingin menitis air mata bertemu sahabat kesayangan aku yang terpisah lebih 20 tahun dalam busana pengantin bersama isteri tercintanya. Alangkah terharu rasa hati dan kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana aku diberikan kesempatan meraikan hari bersejarah sahabat sepermainan ku itu. Buat Wan & isteri, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Mudah2an kebahagiaan mengiringi langkah kalian hingga ke hujung usia...
5 Disember 2010 (Ahad) :
Kak Rosni & Ckg Mohamad merupakan warga kelas K4 sepanjang aku mengikuti program profesional NPQEL di IAB Genting Highlands 2009-2010. Keletah Kak Rosni yang ceria dan karisma Che Mat akhirnya menyatukan hati kedua2 pasangan ini untuk mendirikan mahligai cinta mereka. Siapa sangka, program NPQEL yang diikuti membuka ruang kepada mereka untuk saling mengenali, mencintai seterusnya mendirikan rumahtangga. Tanggal 5 Disember 2010 pasangan ini sah bergelar suami isteri setelah dinikahkan di kediaman Kak Rosni di negeri bawah bayu. Buat Kak Rosni dan Che Mat, selamat menempuhi alam rumah tangga. Moga kalian berdua diiringi kebahagiaan, keceriaan, kesejahteraan dan dipanjangkan jodohnya hingga ke akhir hayat. Buat rakan2 yang turut meraikan terbinanya mahligai cinta, ucapan yg sama aku bingkiskan dari kejauhan. Doakan agar aku menyusul jejak kalian selepas ini untuk membina istana bersama insan yg aku cintai. Amin ya rabbal 'alamin...
Monday, December 6, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Adios Amigos!
Alhamdulillah.. akhirnya selepas 'puas' bertarung di medan peperiksaan, arini aku dah boleh menarik nafas kelegaan. Lega sebab exam dah abis dan lega sebab segala bebanan yg terpikul di pundak ni akhirnya hilang lenyap di telan waktu. Syukur, setiap usaha yg dicurahkan membuahkan hasil. Hampir setiap topik yg kami bincang bersama dalam group discussion disoal dlm kertas soalan. Cuma mcmana bentuk markah yg akan diperoleh tu, aku berserah kpd Allah swt. Yg penting aku dh berusaha sehabis baik dan sedaya upaya membantu rakan2 lain dgn membekalkan nota ringkas kpd mereka melalui perkongsian dlm FB. Tu la gunanya teknologi.. kan? Aku amat berbesar hati dpt membantu meringankan beban di kepala kengkawan. Mudah2an sumbangan sedikit ni mendapat keredhaan Allah swt jua. Jauh di sudut hati, aku berdoa mudah2an usaha kami ini diberkati dan paling penting kami beroleh kecemerlangan yg diimpikan. Aku tak nak 'hanyut' lagi pasni... yg pasti untuk semester depan azam baru akan aku sematkan. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. Buat rakan2 yg telahpun kembali ke kampung halaman menghabiskan cuti semester selama sebulan ni, selamat bergumbira diucapkan. Bagi yg akan menyibukkan diri dgn hobi memasing (mancing, masak, berkebun mahupun mencarik tokek di utan), semoga kalian sejahtera dan ceria selalu. Jaga diri dan jumpa lagi thn depan pada semester akan dtg. Aku? Hmmm.. dah berjujuk plan diatur dlm kepala ni utk memenuhkan diari musim cuti kali ni.. Adios Amigos!! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)