Saturday, December 25, 2010

Sayang Sarawak


Setelah sekian lama aku merancang untuk bercuti di bumi kenyalang akhirnya cita2 ku tercapai jugak.. Pertemuan sahabat baikku Juspine memang dah lama aku rencanakan. Rindu betul aku pada keletah sahabat nan seorang tu. 20 Disember 2010 aku 'terbang' ke Sarawak dengan pesawat Air Asia seorang diri. Ramai betul orang kat Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai menuju ke destinasi yang sama dengan ku. Penerbangan lancar memudahkan perjalanan ke sana. Ketibaanku di Lapangan Terbang Kuching disambut mesra oleh Juspine dan Bonny. Turut serta ialah adik Phine yang sangat ramah mesra, Meg dan Aa, anak saudaranya yang comel. Aku dibawa oleh Meg dan Aa ke Hotel Harbour View, Kuching. Disebabkan Bonny akan ke India keesokan harinya, Phine 'mengutuskan' Meg untuk menemani aku di Kuching. Menarik sekali bila Meg membawa aku berjalan hampir 2.5 km menyusuri Carpenter Street dan Kuching Waterfront menikmati keunikan budaya dan pemandangan indah bandaraya pada waktu petang. Hari kedua aku dibawa oleh Meg dan Aa ke Jong's Crocodile Farm yg terletak di Siburan. Banyak betul buaya yang ada kat situ. Paling menarik ialah fosil buaya lagenda Sarawak iaitu Bujang Senang yg dipamerkan di situ.. Besor betul Bujang Senang tuuuu... Hari ketiga Phine & Aa membawa aku jauh ke Santubong melawat ke Perkampungan Budaya Sarawak. Aku sangat2 teruja berada di sana. Berpeluang mengenakan pakaian etnik Iban, aku tak melepaskan peluang melaram dan bergambar dengan Phine yg mengenakan pakaian Orang Ulu. Tak puas rasanya bergambar dilatari oleh keindahan Gunung Santubong di celah2 rintikan hujan yang menyambut kehadiran kami di sana.. Hari terakhir di sana, aku bawa oleh Phine, Helen & Aa ke bandar Kuching dan bergambar sepuas2nya di sekeliling bandar Kuching seterusnya ke The Spring menikmati enaknya mi kolok. Indahnya kenangan di Sarawak takkan ku lupakan sampai bila2.. Keramahan, kemesraan dan layanan yg sangat baik oleh Phine sekeluarga akan aku sematkan di sanubari yg paling dalam. Terima kasih semua.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan kembali berkunjung ke sana.. Miss u all!!

No comments: