Tuesday, December 7, 2010

Renjis-Renjis Dipilis

4 Disember 2010 (Sabtu) :

Cuti persekolahan datang lagi... Sebagaimana kebiasaan, hujung minggu masing2 akan sibuk menghadiri majlis2 perkahwinan, pertunangan, berkhatam, berkhatan dsbg yg lazimnya memenuhi diari cuti persekolahan yang panjang. 4 Disember 2010 lalu aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sahabat baikku di zaman persekolahan, Mohd Radzuan Othman dan pasangannya Nazarith bt Jamaludin di Nyalas, Melaka. Ditemani sahabat baikku, Kak Aya aku memandu santai ke Bandaraya Bersejarah dengan penuh hemah (ewahhh!) Hujan renyai ditambah dengan bilangan lori dan kenderaan lain di lebuh raya PLUS menyebabkan pemanduanku menjadi agak perlahan daripada biasa. Pesanan org tersayang agar aku berhati2 sepanjang pemanduan pagi itu membuatkan kelajuan agak terbatas. Agak sukar sebenarnya mencari lokasi sebenar Kg Mantai Tengah tu. Puas jugak aku dan Kak Aya bertanya arah sampai ke balai polis sebelum berjaya menjejakkan kaki ke majlis Wan yang meriah tu. Bagai ingin menitis air mata bertemu sahabat kesayangan aku yang terpisah lebih 20 tahun dalam busana pengantin bersama isteri tercintanya. Alangkah terharu rasa hati dan kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana aku diberikan kesempatan meraikan hari bersejarah sahabat sepermainan ku itu. Buat Wan & isteri, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Mudah2an kebahagiaan mengiringi langkah kalian hingga ke hujung usia...


5 Disember 2010 (Ahad) :


Kak Rosni & Ckg Mohamad merupakan warga kelas K4 sepanjang aku mengikuti program profesional NPQEL di IAB Genting Highlands 2009-2010. Keletah Kak Rosni yang ceria dan karisma Che Mat akhirnya menyatukan hati kedua2 pasangan ini untuk mendirikan mahligai cinta mereka. Siapa sangka, program NPQEL yang diikuti membuka ruang kepada mereka untuk saling mengenali, mencintai seterusnya mendirikan rumahtangga. Tanggal 5 Disember 2010 pasangan ini sah bergelar suami isteri setelah dinikahkan di kediaman Kak Rosni di negeri bawah bayu. Buat Kak Rosni dan Che Mat, selamat menempuhi alam rumah tangga. Moga kalian berdua diiringi kebahagiaan, keceriaan, kesejahteraan dan dipanjangkan jodohnya hingga ke akhir hayat. Buat rakan2 yang turut meraikan terbinanya mahligai cinta, ucapan yg sama aku bingkiskan dari kejauhan. Doakan agar aku menyusul jejak kalian selepas ini untuk membina istana bersama insan yg aku cintai. Amin ya rabbal 'alamin...

No comments: