Alhamdulillah.. akhirnya selepas 'puas' bertarung di medan peperiksaan, arini aku dah boleh menarik nafas kelegaan. Lega sebab exam dah abis dan lega sebab segala bebanan yg terpikul di pundak ni akhirnya hilang lenyap di telan waktu. Syukur, setiap usaha yg dicurahkan membuahkan hasil. Hampir setiap topik yg kami bincang bersama dalam group discussion disoal dlm kertas soalan. Cuma mcmana bentuk markah yg akan diperoleh tu, aku berserah kpd Allah swt. Yg penting aku dh berusaha sehabis baik dan sedaya upaya membantu rakan2 lain dgn membekalkan nota ringkas kpd mereka melalui perkongsian dlm FB. Tu la gunanya teknologi.. kan? Aku amat berbesar hati dpt membantu meringankan beban di kepala kengkawan. Mudah2an sumbangan sedikit ni mendapat keredhaan Allah swt jua. Jauh di sudut hati, aku berdoa mudah2an usaha kami ini diberkati dan paling penting kami beroleh kecemerlangan yg diimpikan. Aku tak nak 'hanyut' lagi pasni... yg pasti untuk semester depan azam baru akan aku sematkan. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. Buat rakan2 yg telahpun kembali ke kampung halaman menghabiskan cuti semester selama sebulan ni, selamat bergumbira diucapkan. Bagi yg akan menyibukkan diri dgn hobi memasing (mancing, masak, berkebun mahupun mencarik tokek di utan), semoga kalian sejahtera dan ceria selalu. Jaga diri dan jumpa lagi thn depan pada semester akan dtg. Aku? Hmmm.. dah berjujuk plan diatur dlm kepala ni utk memenuhkan diari musim cuti kali ni.. Adios Amigos!! :)
No comments:
Post a Comment