Alhamdulillah.. esok genaplah sebulan aku melahirkan seorang cahaya mata puteri hatiku.. Zahin Syaqireen. Sebulan lalu aku telah selamat melahirkan Zahin Syaqireen secara pembedahan kecemasan. Tepat jam 3.44 pagi tangisan seorang bayi kedengaran di dewan pembedahan Hospital Sultanah Aminah JB menandakan kehadiran insan yang ku tunggu kedatangannya. Tak tergambar perasaan sebaik tangisan itu berkumandang. Syukur.. syukur dan syukur.. aku rafakkan kepada Yang Maha Pencipta kerana menghadiahi aku kurniaan yang tak terhingga ini. Terngiang2 lagu Johnson & Johnson dendangan SalamiahHassan di telinga sebaik melihat Zahin buat pertama kalinya.
'Alam baru menantiku.. berdebar jantungku. Aku kini ibu.. serba tak kena mulanya.. apabila ku sentuh kulitmu.. kau bergerak membalas.. lantas ku belai mesra.. kau faham ertinya.. itulah belaian kasih sayang.. dan sentuhanku.. kau tahu belaian kasih sayang"
Actually aku telah diarah ke HSA pada 22.5.14 dan dimaklumkannakan menjalani prosedur induce pada keesokannya. Itu adalah berita yang agak mengejutkan sebenarnya kerana aku dah bersedia mental dan fizikal untuk melahirkan secara cesear tetiba bila doktor bgtau aku kena melahirkan secara normal berdebar gaklah rasanya.. huhu.. seaampainya aku di unit saringan dan melalui beberapa proses VE dan CtG tetiba doktor maklumkan yang air ketubanku akan dipecahkan pada ketika itu juga.. sebabnya? Jalan dah terbuka 2cm.. maunya tak terkejut aku apa lagi bila doktor mengarahkan aku masuk bilik bersalin no. 3 on the spot. Berpeluh beb.. serius! Takut.. teruja.. seram.. excited.. semua bercampur baur tapi memang aku gementar sangat! Pasrah je lah.. naj buat camane kan??
Tanpa berlengah nurse membawa aku ke bilik bersalin menaiki wheel chair selepas meminta aku menyarung uniform pink tanda aku confirm jadi pesakit hospital pada hari tu. Sikit punya cuak aku. Apatah lagi abg Sham masih di luar bahagian kaunter dan tentu2 dia x tau aku dah diarah' untuk bersalin. Selang 15 minit abg sham masuk ke bilik bersalin. Walaupun kami dah bersalaman di rumah dengan emak dan semua ahli keluarga.. sekali lagi aku mohon kemaafan drpd suamiku agar proses bersalin yg bakal aku lalui menjadi mudah. Syahdu rasanya tambah2 bila abg sham kucup dahiku..
Jam 6ptg nurse dah bawak masuk ubat untuk memulakan proses memaksa aku bersalin. Apa ntah nama ubat tu akupun x ingat tapi ia berbentuk cecair dan dicucuk di tangan kiriku. Tangan kanan pulak masuk drip air so susah betul nak gerak. Kwtidakselesaan memang tak dapat aku elakkan.. dengan air ketuban yg x berhenti mengalir.. drip di tangan kanan dan kiri.. bunyi CTG untuk memeriksa kondisi jantung baby.. aduhai.. sabar ajelah.. menjelang jam 10 malam doktor datanf lagi untuk prosedur VE dan pmendapati keadaan masih sama. Jalan untuk melahirkan masih 2cm.. so ubat induce ditambah lagi. Kali ni aku dapat merasa kontraksi yang sangat kuat dan sakitnya Allah saja yang tahu! Jam 2 pagi doktor Hidayati datang lagi memeriksa keadaanku dan nalangnya kondisi masih sama! Pintu rahim masih lagi terbuka 2cm aje..
Dek kerana itu pandangan doktor pakar diperlukan segera dan dalam masa 5minit kemudian doktor mengarahkan petugas mempersiapkan aku untuk menjalani pembedahan kecemasan. Sempat aku menjeling jam dinding sebelum contact elns aku ditanggalkan. Jam 2.30 pagi alu diusung ke dewan bedah untuk proses bersalin.. Aku diberikan ubat biusseparuh badan maknanya aku sedar apa yang dilakukan sepanjang prosedur ddijalankan. Segalanya berlaku agak pantas sehinggalah Zahin Syaqireen swlamat melihat dunia ini.. Aku bersyukur selamat melahirkan bayi perempuan yang comel seberat 2.5kg yang aku harap menjadi anak yang solehah dan berjaya.
Alhamdulillah kini Zahin Syaqireen semakin sihat dan gebu. Esok Zahin akan dicucuk setelah sebulan usianya. Harapanku agar anakku ini membesar dwngan baik dan menjadi insan yang taat kepada Allah, Rasul dan kami ibu bapanya serta membahagiakan kami hingga ke akhir hayat.. Aaminn.. Zahin Syaqireen mummy loves you so much!!
Sunday, June 22, 2014
Sunday, May 11, 2014
Happy Anniversary Shamsulizan!
Alhamdulillah.. syukur kepadaNya. 30 April 2014 yang lalu aku dan abang Sham menyambut ulangtahun perkahwinan kami. Walaupun mood dah hampir nak 'out' sebab pagi tu aku kena jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan (dan tunggu sangat lama!) akhirnya kegembiraan dan keterujaan menyambut hari bahagia kami mengubat segalanya.. Hampir setengah hari menunggu giliran, akhirnya selesai pemeriksaan ke atas ku dan kandungan yang mengambil masa tak sampai 10 minit! Aduhhhh.. Memandangkan mood dah mula nak spoil, abang Sham mengajakku menikmati makanan tengahari (brach sebenarnya..) di Restoran ZZ Mahmoodiah JB. Apa lagi.. pastinya mi rebus tulang menjadi juadah istimewa kami pada hari tersebut.
Usai makan tengahari, kami terus ke Hotel Thistle JB. Nasib baik la hotel ni letaknya cuma di belakang restoran so tak payahlah kami dah pusing jauh2 sebab aku dah mula x larat dah.. Maklumlah bila berbadan dua ni aku cepat betul penat & semput hehe.. Mujur juga bilik telah kami tempah minggu lalu so urusan check in pun sangat la mudah... Menggunakan keistimewaan ku sebagai penjawat awam, diskaun yang diberikan memang sangat istimewa dan berpatutan.. Tanpa melengahkan masa, langkah kami ayun ke bilik yang disediakan. Sebaik melangkah masuk.. alangkah terujanya kami melihat dekorasi bilik yang dihias istimewa buat kami seolah-olah diraikan sekali lagi bak raja sehari..
Beberapa minit berselang, kakitangan hotel membawakan sebiji kek coklat istimewa sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami. Memang mengujakan! Tak terlintas di fikiran bahawa sambutan ulangtahun perkahwinan kami sebegini istimewa! Dahlah kek 3 layer tu sedap.. besar plak tu.. hehe.. Malam itu, kami menempah makanan dari bilik hotel kerana malas nak turun, Makanan yang dipesan pun simple saja bunyinya tapi hidangannya cukup kelassss.. Memang hepi betul kami berdua bila menerima layanan sebegitu. Rasanya di kebanyakan hotel kami menginap, belum pernah ada layanan seistimewa di Thistle (bukan promo ni tp realiti tau!)
Keesokan pagi, kami turun bersarapan awal. Maklumlah 1 Mei merupakan cuti umum so kalau lambat nanti tetamu hotel lain pasti akan memenuhi ruang makan. Mestilah x syok nak menjamu selera ye tak? Usai bersarapan, kakitangan hotel, En Azrai memberikan kami sepotong kek keju istimewa sebagai hadiah anniversary kami.. siap ada sekuntum bunga ros merah lagi.. wahhh ini memang layanan kelas pertama ni! Memang kami sangat teruja dan sangat gembira sepanjang menginap kat hotel ni.
Buat suami yang dicintai abang Shamsul Kamal bin Jamaludin, terima kasih sayang atas perhatian dan cinta yang dicurahkan kepada Izan.. Semoga cinta dan kasih sayang kita kekal mekar dan berpanjangan hingga ke jannah. Sesungguhnya hati dan kasih sayang ini ku nukilkan hanya buatmu. I love you so much! Mmuuaaaahhhh!!
Friday, February 28, 2014
Warded.. Again..?
Sepanjang malam aku menahan kesakitan.. Abang ajak aku menginap di Hotel Katerina Batu Pahat sementara menantikan kenduri yang bakal kami hadiri di rumah Mak Ti kat Peserai. Petang sebelumnya kami sempat ke rumah Mak Ti menjengukkan muka sambil menghantar emak yang nak rewang di rumah adiknya tu. Tak seperti selalu sakit kali ni memang luar biasa. Mengalir juga akhirnya air mata yang ku tahan dek kesakitan yang teramat. Akhirnya aku angkat bendera putih. Aku kejutkan sang suami yang enak dibuai mimpi dari peraduan dan beritahu keadaan ku ketika tu. Abang Sham keletihan tapi sempat lagi bangun membancuhkan aku secawan teh panas dengan harapan sakitku hilang namun hampa...
Menjelang pagi, abang bergegas membawa aku ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nora Bt Pahat untuk menerima rawatan. Aku yang dah memang tak mampu berjalan terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda. Aku dirawat dengan baik dan sekali lagi perlu menjalani ujian dan imbasan oleh pakar. Dr Sufian, pakar O&G mengesahkan fibroid aku membengkak dan aku perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut demi kebaikan aku dan kandungan. Doktor beri aku suntikan penahan sakit namun tetap tak berkesan. Kali ni aku bertegas meminta ubat yang lebih kuat namun tidak dibenarkan kerana keadaan diri yang berbadan dua.. doktor menasihatkan aku agar bersabar kerana kesakitan macam tu akan terus aku rasai sepanjang tempoh kehamilanku. Kali ini aku akur untuk ditahan di wad... sepanjang 6 malam di wad 6 & 6A macam2 pengalaman aku lalui.. nantilah aku kisahkan apa yang berlaku sepanjang di sana okay..
Ketika tulisan ni aku nukilkan aku masih terasa sakitnya perut ni. Demimu anakku.. mummy akan kuat membawamu ke dunia ini. Doakan aku selamat dan tabah menghadapi ujian ini yea.. jumpa lagi! ☆☆☆
Menjelang pagi, abang bergegas membawa aku ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nora Bt Pahat untuk menerima rawatan. Aku yang dah memang tak mampu berjalan terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda. Aku dirawat dengan baik dan sekali lagi perlu menjalani ujian dan imbasan oleh pakar. Dr Sufian, pakar O&G mengesahkan fibroid aku membengkak dan aku perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut demi kebaikan aku dan kandungan. Doktor beri aku suntikan penahan sakit namun tetap tak berkesan. Kali ni aku bertegas meminta ubat yang lebih kuat namun tidak dibenarkan kerana keadaan diri yang berbadan dua.. doktor menasihatkan aku agar bersabar kerana kesakitan macam tu akan terus aku rasai sepanjang tempoh kehamilanku. Kali ini aku akur untuk ditahan di wad... sepanjang 6 malam di wad 6 & 6A macam2 pengalaman aku lalui.. nantilah aku kisahkan apa yang berlaku sepanjang di sana okay..
Ketika tulisan ni aku nukilkan aku masih terasa sakitnya perut ni. Demimu anakku.. mummy akan kuat membawamu ke dunia ini. Doakan aku selamat dan tabah menghadapi ujian ini yea.. jumpa lagi! ☆☆☆
Aduh Sakitnya...!
Masih aku teringat menulis kat sini pasal dok dlm wad dalam post yang terdahulu. Menjelang cuti Tahun Baru Cina lalu aku sekali lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminahkerana sakit perut yang berpanjangan. Maklumlah.. simptom sakit perut dalam kalangan wanita hamil tidak boleh dipandang enteng! Setibanya aku di bahagian kecemasan aku terpaksa menyertai barisan orang ramai yang turut memerlukan rawatan. Oleh kerana sakit yang tak dapat ditahan2 lagi aku sampai terduduk di lantai hospital. Bila tengok keadaan aku dah tak boleh kontrol sakit abg Sham segera berjumpa nurse meminta ihsan agar aku dirawat segera. Syukur kepada Allah.Nurse terus membawa aku masuk untuk menerima rawatan. Ubat penahan sakit diinject segera namun masih tak menunjukkan perubahan. Imbasan yang dijalankan dan syukurlah baby dalam kandunganku sihat dan aktif. Scan turut menunjukkan fibroid yang membengkak menjadi punca kesakitan yang tak dapat dibendung lagi.. doktor menyarankan aku ditahan di wad. Kesian abang.. esok aku janji nak temankan dia balik kampung di Seremban. Lama abang menantikan masa yang sesuai untuk menjenguk keluarga di sana. Lantaran kasihankan suami yang sabar melayani karenahku, aku memohon kebenaran untuk pulang dan menandatangani dokumen bahawa aku sanggup menanggung risiko yang bakal aku depani. Sepanjang jalan pulang ke TPI aku menahan kesakitan yang tak sikitpun berkurang. Tak mengapa...semoga kesakitan ini hilang menjelang esok... Aamiin..
Tuesday, January 14, 2014
Salam Maulidur Rasul
Hari ini merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ~ Nabi terakhir buat umat Islam dan seluruh alam. Selawat dan salam atas baginda Rasul junjungan. Salam Maulidur Rasul buat semua..
Baju Seragam Putih
Sejak balik ke pangkuan bumi Darul Takzim ni, acap benar aku ke hospital. Selain menziarah orang sakit, aku pulak nampaknya yang lebih kerap diziarahi kat sini hehe.. Boleh dikatakan sekarang ni dah masak benar aku dengan keadaan hospital di sini. Selalunya bila berada di kawasan hospital, mata akan tertawan melihat susuk jururawat berpakaian seragam putih yang selalu santun melayan karenah pesakit yang bermacam jenis. Alangkah mulianya tugas yang tergalas di pundak mereka yang tanpa jemu melayan kehendak manusia yang kesakitan. Kagum juga melihatkan kesabaran dan ketelitian mereka bekerja. Walau pun begitu ada segelintir yang boleh dibilang dengan jari yang agak kasar dan tindak tanduk mereka menghadirkan rasa kurang senang dalam kalangan mereka yang menerima rawatan. Ketika dikhabarkan aku perlu masuk ke wad sebab paras gula yang agak tinggi (mungkin pembawakan anak dalam kandungan ini), aku gabra jugak. Teringat2 wajah mencuka nurse berbaju polos putih sebaik aku meminta bantuan ketika jarum di tanganku tercabut semasa ditahan akibat denggi dulu. Ngeri sungguh! Syukurlah bila ditempatkan di wad yang lebih baik dan lebih 'kelas' dari dulu rawatan dan jagaan yang diterima jauh lebih baik. Kemesraan, kemanisan budi bahasa dan sikap baik penjawat awam berseragam putih di Wad O&G Barat sememangnya meninggalkan kesan manis di dalam hati. Buat nurse Revathy, Wee Lee & Hamidah, jutaan terima kasih atas keikhlasan yang ditunjukkan. Begitu juga kesabaran tenaga perubatan - Dr. Teoh, Dr. Siti, Dr. Kaliammah & Dr Noraziah yang memberikan khidmat terbaik sepanjang aku di sana. Terima kasih seikhlas hati!
Denggi oh Denggi
Semenjak Johor dikhabarkan sebagai negeri kedua di negeri Malaysia yang mengalami peningkatan kes denggi, aku memang rasa susah hati. Bertambah lagi kegusaran yang bersarang di hati ni bila kawasan perumahan aku ni diisytiharkan sebagai kawasan yang paling banyak kes denggi di Johor. Cakap pasal denggi ni.. aku pun tak terkecuali menjadi mangsa. Ramadhan tahun lalu merupakan antara Ramadhan yang meninggalkan kesan mendalam kepadaku. Masih jelas lagi diingatanku, Sabtu tu aku bangun awal penuh semangat untuk memulakan hari.Walaupun badan terasa tak sedap ditambah pulak kepala berat dan mata berpinar aku terus ke tingkat bawah rumah mengemas apa yang patut. Tiba-tiba aku rasa macam nak pitam lantas aku baringkan diri atas sofa depan tv. Terus aku mengadu kepada suami yang kemudiannya mengatakan badan aku berbahang tapi masih terkawal. Dalam tempoh tak sampai sejam panas badanku menjadi-jadi. Dipujuk untuk berbuka puasa dan menelan panadol aku tabahkan hati untuk meneruskan puasa yang hanya tinggal beberapa jam sebelum berbuka. Menjelang zohor, badanku semakin panas dan abang Sham membawa aku ke klinik. Masa tu aku mulai muntah dan tak mampu berjalan lagi. Masa terlalu pantas berlalu. Doktor yang merawat terus mengarahkan abang Sham membawa aku ke hospital. Sakitnya tak tertanggung.. Di hospital doktor hanya menasihatkan aku minum air yang banyak. Naik kembung perut memandangkan denggi ni takde ubat kecuali minum air yang banyak. Beberapa hari di hospital aku dibenarkan keluar tapi giliran adikku Aa dan Lin pulak ditahan di Hospital Batu Pahat atas sebab denggi juga.. Awal tahun ni kawasan perumahan kami buat gotong royong besar-besaran untuk menghapuskan kawasan pembiakan denggi kat sini. Semoga tidak ada lagi mangsa yang terkena virus yang merbahaya ni. Cegah sebelum parah!
Salam Pertemuan 2014
Lama sungguh aku tak menitipkan kabar di
blog ni.. Banyak sebenarnya yang nak diceriterakan sejak 'kehilangan'
aku dari alam maya lebih setahun lalu. Banyak yang dah dilalui.. banyak
pahit manis kenangan yang terakam kemas dalam sanubari yang ingin sekali
aku nukilkan.
Tapi tulah..
bila dah lama tak menulis, tak tau la aku nak start dari mana. Maka
akhirnya terbungkamlah bicara bisu dan terkulai layu tanpa sempat
di'publish' kat sini. Kehidupan mesti diteruskan biar banyak liku yang
perlu ditempuhi dan banyak ranjau untuk dilangkahi. Kaki perlu melangkah
dengan lebih gagah dan berani demi sebuah kejayaan yang bakal menanti.
Yang pasti mulai sekarang aku akan cuba mencari masa yang lapang untuk
meneruskan titipan di alam maya ini..
Selamat melayari tahun 2014 dengan penuh ketabahan. Selamat mendepani hari2 mendatang dan selamat bertemu kembali... ;)
Catatan Awal 2013 - Backdated
Masa kian pantas berlari meninggalkan kita tanpa disedari. Diam tak diam dah tiga bulan aku kembali mencurahkan bakti di bumi kelahiranku ~ Johor Darul Takzim. Keputusan kembali ke negeri hujung medini sebenarnya diilhamkan oleh Abg Sham. Dah bosan berkelana di utara tanah air katanya.. Aku apa lagi.. terus bersetuju tanpa menunggu lama. Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat bermanja kan? Hehehe.. Walaupun sebahagian besar zaman remajaku dihabiskan di Negeri Sembilan, Johor tetap di hati. Apatah lagi pulang dan berbakti menjaga emak yang aku kasihi memang bonus terbesar dalam hidupku.
Kembali bertugas di JB, aku kini mencurahkan ilmu kepada anak bangsaku, peneraju generasi masa hadapan Malaysia tercinta. Berhampiran dengan taman tema Legoland, Malaysia perjalanan pergi balik ke sekolah yang memakan masa kurang 20 minit kini menjadi rutin. Syukurlah dalam keletihan menjalankan tanggungjawab mendidik remaja belasan usia, aku ditemani oleh Abg Sham yang setia bersama ku sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Memandangkan Abg Sham akan memulakan kerja menjelang April nanti, banyak masa terluangnya digunakan untuk menemani aku. Sepanjang tempoh 'berehat' Abg Sham, akulah insan paling bertuah. Rasa disayangi betul bila pergi dihantar balik dijemput.. Cewah!!
3 bulan aku bertugas di sini, nampaknya kesibukan kerja tidak kunjung pergi. Berkhidmat di sebuah sekolah AMANAH di selatan tanah air, kesibukan tugas bagai bertali arus tanpa penghujung. Menjelang hujung minggu memang aku betul2 kelelahan. Ahad merupakan hari istirehat utama kerana sepanjang Isnin hingga Sabtu aku sibuk dengan kerja yang bertimbunan. Mujur Abg Sham menjadi sahabat setia yang sentiasa mendengar keluh kesahku, menyabarkan aku sepanjang berdepan karenah dan kenakalan anak didikku dan memberikan sokongan tak berbelah bagi kepadaku. Syukur alhamdulillah.. terima kasih abang!!
Subscribe to:
Posts (Atom)