Tuesday, April 29, 2025
Lantunan Rasa
Saturday, April 26, 2025
Akhirnya.. Dapat Raya!
Syawal semakin hampir ke penghujungnya. Rutin harian aku lalui dengan sesabar dan setenang yang aku mampu. Mendengar rakan-rakan bercerita pengalaman dan keseronokan beraya memenuhi undangan rumah terbuka mengundang kesyahduan yang sukar aku gambarkan.. Meskipun hati dipagut sayu dan sedikit cemburu, setiap celoteh sahabat aku layankan dengan senyuman. Pastinya mereka tidak tahu, tiada pengalaman menarik untuk aku potretkan sebagai kenangan tahun 1446H kali ini.
Di celah-celah kesibukan rutin harian, tiba-tiba hadir satu undangan menghadiri rumah terbuka big boss PPD Johor Bahru, Tuan Haji Saliman bin Selamat. Undangan peribadi tuan PPD buat seluruh barisan pimpinan SMed ku terima dengan hati terbuka. Teruja rasanya.. akhirnya aku dapat beraya!! Dengan segala kekuatan yang terkumpul, aku gagahkan diri melepaskan tongkat dan berjalan sendiri meskipun masih belum dibenarkan oleh doktor. Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kekuatan serta dorongan semangat untuk segera pulih dan bangkit dari kecederaan, akhirnya aku berjaya melangkah tanpa bantuan. Terima kasih Hajah Hazizah, En Hairul dan Puan Marfiza serta rakan-rakan HoD yang turut bersama menyantuni jemputan tuan PPD.
Seronok sungguh.. akhirnya aku dapat beraya! Walau sekejap cuma.. jadilah sebagai ubat merawat hati yang lara. Terima kasih Allah, kerana mengizinkan aku menikmati Syawal yang masih bersisa. Alhamdulillah 🥰😍
Saturday, April 19, 2025
BBBB : Bila Boleh Beraya Bersama?
Sunday, April 13, 2025
Anugerah & Pengajaran
Monday, April 7, 2025
Nian Di Hati
Syawal kali ini memberi makna yang sangat besar dalam diari kehidupan seorang Zahizan. Meskipun lebaran diraikan lain dari kelaziman, dengan kekangan untuk bergerak cergas sebagaimana kebiasaan, aku ditakdirkan menyantuni ramai tetamu yang lama terpisah. Semalam, aku direzekikan menerima kunjungan kasih Kak Maimunah Mahmood dan Puan Zaiton, dua figura penting dalam kehidupan ku sepanjang bertugas sebagai GKMP Bahasa di SMK Medini sebelum ini (2019-2021).
Hati berbunga-bunga tatkala berjumpa Kak Mai yang datang berdua bersama Along kerana Angah dan Adik masing-masing telah kembali ke kampus untuk memulakan kuliah esok. Kesudian Puan Zaiton Masri, mantan PK1 SMed bersama ahli keluarganya singgah menjengah keadaan ku mengubat kerinduan dan menghadiahkan perasaan istimewa yang sukar diterjemahkan. Beliau yang kini berkhidmat sebagai PK Pentadbiran SMK Datin Onn, Batu Pahat sempat meluangkan masa singgah menziarahi ku dalam perjalanan pulang ke bandar Maharani usai menyambut lebaran di JB bersama anak-anaknya di sini. Alhamdulilah, Terharu sungguh!
Syukur ke hadrat Ilahi, 7 Syawal menjadi saksi pertemuan kami menambah seri Syawal buat diri ini. Sesungguhnya rezeki ini amat bererti dan sangat ku syukuri. Segala puji hanya buatMu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Alhamdulillah, terima kasih Allah! Semoga persahabatan ini terus mekar mewangi serta berkekalan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah ❤️🥰
Sunday, April 6, 2025
Hikmah Syawal
Saturday, April 5, 2025
Ziarah Kasih ~ Cikgu Liyana
Diyafah 5 Syawal
Friday, April 4, 2025
Selamat Datanggg
Wednesday, April 2, 2025
Catatan Raya Ketiga
Diam tak diam, Syawal dah masuk hari ketiga. Lepas solat Subuh, dapur rumah dah mula beroperasi. Emak mulai sibuk memikirkan sajian untuk dihidangkan kepada tetamu yang katanya akan mampir ke rumah tengahari ini. Sesekali meladeni saudara mara dari jauh berkunjung datang, biarlah mereka pulang dengan hati girang dan perut yang kenyang. Resam kami orang Jawa begitulah..
Menjelang pagi, kani menerima tetamu pertama. Teruja betul kami menyambut kehadiran Pak Am (adik bongsu abah) bersama isterinya, Mak Su Aida dari Jerantut, Pahang. Menatap wajah Pak Am, sedikit sebanyak menghilangkan kerinduanku kepada Abah 🥺 Majoriti adik-beradik dan ipar-duai abah merupakan warga pendidik dan lucunya majoriti kami adalah guru Bahasa' Inggeris. Jadi, sembang santai kami kebanyakannya akan berkisar tentang pengalaman di sekolah dan cerita cikgu cikgi. Seronok betul bergelak ketawa mendengar pengalaman Pak Am dan Mak Su yang mencuit hati.
Alhamdulillah, Syawal sering menemukan aku dengan ramai insan baik yang mulia hatinya. Banyak nasihat dan pengajaran yang aku kutip sebagai ilmu tatkala menelusuri kehidupan yang penuh liku ini. Semoga aku juga tergolong menjadi manusia berguna yang memberi manfaat kepada orang lain. Sekurang-kurangnya, bila aku sudah tiada lagi, ada insan yang sudi mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buatku di alam sana kelak. Ya Allah, rahmatilah dan permudahkanlah urusan kehidupan kami hingga ke syurgaMu yang abadi. Aamiin ya Rabbal Alamin.