Panggilan daripada Cikgu Liyana pagi tadi, menghidupkan kembali semangat Syawal buatku. Terus berdesup hilang segala keperitan yang aku rasakan sebaik Yana khabarkan hasrat berkunjung ke rumah bersama keluarganya. Yana antara rakan guru yang ku anggap sebagai adikku sendiri dek kerana akrabnya hubungan kami semenjak aku mula bertugas di Medini sebelum ini. Telatah lucu Yana sering membuat kami tak kering gusi dan menyebabkan aku sering menghambur tawa (sampai susah nak berhenti!) tanpa berpura-pura.. Yana.. Yana..
Alhamdulillah, kehadiran Liyana & suaminya En Sufian bersama tiga orang cahayamata comel mereka ~ Adam, Ayra dan Hana berjaya menjentik keceriaan ku sepanjang hari. Terima kasih adinda sudi datang menziarahi kami di sini. Juga terima kasih para tetamu yang sudi berkunjung. Mudah-mudahan kehadiran ramai tetamu membawa keberkatan rezeki dan pengampunan buat kami sebagai tuan rumah. Semoga ikatan persaudaraan yang terbina antara kita semua terus berkekalan hingga ke syurga.. InsyaAllah ❤️
No comments:
Post a Comment