Sepanjang perjalanan meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi tak pernah kutemui
Umpama pengembara, kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa
Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun ku sedari ku meniti pelangi
Kerana keindahan warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata
Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram mengasyikkan
Sejenak ku biarkan diri melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah, sia-sia
Seumpama pengembara
Terpedaya
Kerana mimpi.. hanya mimpi..
No comments:
Post a Comment