Thursday, April 29, 2010
Sebiji Kek dan Sebatang Sumpit
Sunday, April 18, 2010
Jalan-Jalan Carik Ikan


Tak macam minggu2 sebelum ni, hujung minggu terasa sesangat sunyi dan sepinya. Mengambil kesempatan sempena Karnival Sukan dan Kesihatan yang baru berlangsung, ramai kengkawan NPQEL pulang ke kampung halaman lebih awal daripada biasa. Sedari petang Khamis lagi dewan makan terasa lapang dan lengang... Sorang demi sorang memulakan perjalanan pulang sampai la akhirnya yang tinggal cuma aku, Juspine, Peter, Amiluddin, Zuhardi, Hamit dan Cikgu Mokhtar. Lega jugak rasa hati ni sebaik tiba hujung minggu. Lepas seharian menyibukkan diri mengemas, membasuh baju dan menggosok sume baju yang ada dalam almari (asbab boring xde menda nak dibuat) aku ngan Juspine meronda sekitar IAB melakukan aktiviti kegemaran kami - menikmati panorama indah dan kirmizi senja sementara menantikan waktu makan malam tiba. Memang seronok betul berjalan2 sekeliling IAB yang sunyi tak berpenghuni...


Gumbira melayan karenah Juspine yang girang. Bosan terus2an berkurung kat bilik, aku bawak Juspine keluar pagi Sabtu tu. Aku memandu turun ke Stesen Putra Gombak kemudian menaiki LRT terus ke KLCC dan terus menuju ke Aquaria. Pemandangan dasar laut yang menawan dengan pelbagai spesis hidupan laut yang unik memang amat menarik perhatian. Daripada reaksi wajah Juspine ternyata dia sangat teruja melihat keunikan hidupan laut terutamanya semasa sesi fish feeding diadakan. Melihat aksi Bob, penyu gergasi dari spesis Green Turtle dan Kudsia, ikan pari yang besar tu memang mengasyikkan... Ternyata perjalanan kami aritu tu memang best. Jam menunjukkan angka 3 bila kami menjejakkan kami semula ke Asrama Induk IAB. Satu lagi memori indah terakam dalam memori hidup aku sepanjang di IAB, Genting Highlands ni... ;)
Friday, April 16, 2010
Karnival Sukan & Kesihatan



Sunday, April 11, 2010
Memori Daun Pisang




Friday, April 9, 2010
NPQEL - Fasa Pertengahan
Diam tak diam fasa pertengahan NPQEL dah kian sampai ke penghujungnya. Pelbagai memori suka dan duka kukuh terpatri dalam sanubari sepanjang melalui program NPQEL kat sini. Sedar tak sedar, Selasa ni kami semua akan 'berperang' menjawab soalan2 exam untuk fasa ni. Kengkawan dari Kumpulan 1 yang bertapa di IAB Cawangan Utara, Jitra pun akan turut sama menduduki peperiksaan bersama2 kitorg yg ada kat IAB Genting Highlands pada tarikh tersebut. Sebaik exam tamat nanti kitorg akan sibuk utk menjayakan Karnival Sukan & Kesihatan yang dianjurkan oleh para peserta NPQEL Kohort 2/2009. Selaku penyelaras, aku diberikan mandat menyediakan buku program karnival di samping bertindak sebagai Pengurus Pasukan Bola Jaring K4 yang nampaknya dah berkobar2 dan tak sabar2 memberikan komitmen jitu dgn sepenuh jiwa raga untuk 'membelasah' pasukan lawan. Seram jugak tengok semangat kesukanan kengkawan aku ni (jangan dtg semangat 'kesetanan' udah le...hehe). Pelbagai acara dahpun diatur rapi untuk memastikan program yg dirancang berjaya direalisasikan. Acara permainan dalaman, pertandingan sukan rakyat, pameran kesihatan dan acara derma darah bakal membabitkan semua warga IAB dan komuniti setempat. Utk semua geng NPQEL Kohort 2/2009 yg bakal memulakan pertarungan sengit di dewan peperiksaan pada 13 April 2010 ni, selamat maju jaya diucapkan. Moga kita sama2 dapat menjawab soalan2 yang diajukan dengan sabar, tenang dan yakin... Dah abis exam nanti kita 'all out' utk karnival sukan dan kesihatan pulak, orait?Monday, April 5, 2010
When Tomorrow Comes






Sunday, April 4, 2010
Santai Hujung Minggu
Saturday, April 3, 2010
Purnama Merindu

Friday, April 2, 2010
Sepetang Di Lereng Bukit
Aku memang sangat berbesar hati bila diajak kengkawan meraikan kegumbiraan dan kejayaan menyiapkan assignment diorg dengan pelbagai cara. Sebagai 'adik', memang murah betul rezeki aku kat sini... hehe... Tempohari Kak Aida mengajak aku ngeteh kat restoran mamak di Goh Tong sebaik je selamat laporan sandarannya dihantar kpd penyelia. Semalam pulak, aku & Kak Ros dibawak berjalan2 oleh Kak Yatie ke Berjaya Hills, Bukit Tinggi kat Janda Baik utk menikmati panorama alam yg indah kat sana sebagai tanda dia sudah 'merdeka'. Aku memang la seronok bila sesekali dapat keluar dari dunia IAB yang sunyi dan suram ni. Perjalanan kami bermula jam 5.45 petang. Walaupun perjalanan yg berliku2 membuatkan aku ngan Kak Ros hampir tewas dek kerana mabuk, suasana bertukar ceria sebaik je sampai ke lokasi yg dituju. Masing2 terus kembali segar bugar... Pening2 kepala, loya2 semua ilang berdesup sebaik melihat panorama indah terbentang depan mata... Apa lagi posing sakan le kami kat situ...

