Sunday, April 11, 2010

Memori Daun Pisang

Dalam kalangan ahli kumpulan K4 ni, rasanya aku ni tergolong antara yg tak banyak cakap kot... Aku lebih senang memerhati dan meneliti apa je yg berlaku di sekitarku. Di kelilingi rakan2 yang hebat2 belaka yang rata2nya mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan lebih senior, aku lebih senang mengambil pendirian begini. Biasalah, kengkawan aku ni kalau diberi peluang bersuara memang tak kasik can punya. Dah namapun cikgu cikgi... So bila semua dah berebut nak bersuara sape la pulak nak jadik pendengar setia...? Bila berkumpul, ada aje celoteh kengkawan yang membuatkan kitorg x kering gusi. Pasti gamat dan riuh rendah suasana bila masing2 dah bukak cerita kedai kopi... Tu belum masuk bab perdebatan pelbagai topik dan isu semasa lagi. Yang pasti, time nak kutip duit baru la aku sibuk2 'interframe' diri. Maklum la, aku kan ceti... hehe... (Sape2 yang blom bayor yuran tu paham2 je la bila baca entri ni yea... :p)

Hidup di IAB ni adakalanya sibuk dan ada ketikanya tersangaaaat la lapang. Bila waktu senggang tu tiba, hidup memang terasa suram dan sepi. Tambahan pulak bila rakan2 yg rajin menghubungi sibuk dengan tugas sendiri... memang terasa kosong dan sunyi hidup aku ni. Apatah lagi tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Yelah, dikelilingi kawasan IAB yang masih kaya dengan kehijauan flora dan fauna yang masih terpelihara, pergerakan memang agak terbatas. Setiap hari, kuliah bermula seawal jam 8 pagi dan lazimnya tamat pada jam 4.30 petang. Lepas kelas biasanya memang 'free' cuma kadang2 sesi perbincangan diadakan pada waktu malam. Tu pun kalau time ada assignment atau tugasan yang perlu disiapkan... Kalau tak, kebiasaannya waktu malam aku habiskan dengan menonton tv kat bilik, ber'fb' atau menulis entri blog - tu pun kalau ilham datang mencurah2 (dan kalau line broadband tak macam biskut chipsmore)... Ada jugak sesekali aku keluar bersama kengkawan ke kedai mamak kat Gohtong pekena teh tarik utk menghangatkan malam yg dingin..

Selasa minggu sudah geng2 pompuan kelas aku (K4) buat pertama kalinya menjalankan aktiviti outing secara beramai2. Destinasinya sudah pastilah ke puncak Genting Highlands... Jangan tak caya, walaupun kitorg dah bertapa sekian lama kat sini, masih ada kengkawan yang blom pernah naik kereta kabel dan menjejak kaki ke puncak kota keriangan ni walaupun sekali. Jadi, untuk tak menghampakan mereka, program outing ni diadakan atas inisiatif bersama. Memang 'happening' jugak sambutan kengkawan walaupun tak semua ahli menyertai aktiviti santai camni. Seusai kelas petang tu, sepantas kilat semua geng balik ke asrama menunaikan solat asar dan bersedia menuju ke stesen kereta kabel Skyway. Kitorg ke sana dengan 3 buah kereta milik Kak Yatie, Kak Zana (penghuluwati) dan aku. Malangnya setibanya kami di sana, pihak pengurusan memaklumkan bahawa cable car takde coz sedang diselenggarakan. Kesian jugak melihat wajah2 kehampaan rakan2 yg memang dah teruja abis nak naik cable car buat kali pertama di Genting ni... Nasib baik pegawai bertugas mencadangkan agar kami ke Awana menaiki kereta kabel dari sana. Tak membuang masa, dengan pantas kami menghala ke sana pulak.



Setibanya di Awana Skyway, kitorg pun tak membuang masa terus beli tiket utk naik kereta kabel. Aku turut sama teruja memandangkan ni le kali pertama aku naik kereta kabel ala2 bas mini kat sini. Kereta kabel kat Awana ni agak berbeza sebab ia boleh memuatkan 30 orang utk satu perjalanan. Memang seronok outing beramai2 ni.. tambah2 lagi cuaca sejuk dan berkabus. Rasa cam kat oversea la pulak... hehehe.. Tengah dok asyik klik sana sini (bergambo la..apa lagi!) tak pasal2 kaki aku cramp la pulak. Kelam kabut gak kengkawan membantu. Masa tulah baru aku tau ada kengkawan yang berkebolehan mengurut dengan baik.. Gabungan kemahiran PBSM Juspine dan kemahiran mengurut Kak Suhana memang superb la.. hehe.. Terima kasih daun keladi diucapkan kpd kalian berdua dan kengkawan lain atas bantuan yg dihulurkan.



Memori outing beramai2 ni akan aku ingat sampai bila2.. macam2 gelagat kengkawan terakam kemas dalam lipatan kenangan. Kisah Kak Ros dan kasut tumit tinggi, gelagat pemandu2 teksi, snap gambo sana sini dan makan2 di KFC memang mencuit hati... Semua kenangan tu amat manis dan mampu membuatkan aku senyum sendiri... Thank you friends! I love u all!!

No comments: