Hari bersilih ganti dan masa berlari meninggalkan semalam sebagai kenangan dalam kehidupan setiap anak Adam. Seperti biasa, ujung minggu kat IAB ni amat sunyi... Kebanyakan penghuni mengosongkan bilik dan kembali menemui keluarga tercinta. Macam biasa jugak la.. aku setia menemani rakan2 Sabah dan Sarawak mengisi kekosongan yg ditinggalkan. Nak balik ke Johor pun alang kepalang... Sebab tu aku lebih suka dok diam2 kat hostel yang sunyi ni dan hanya balik ke bumi Darul Takzim 2-3 minggu sekali. Sebaik pulang ke asrama induk minggu lalu, aku diberikan lampu hijau bertukar bilik ke tingkat 3 oleh warden bertugas - Encik Hadi. Gembiranya hati bukan kepalang memandangkan kat sini ramai kengkawan dari Sabah dan Sarawak... tak la aku bersendirian setiap kali tiba hujung minggu.
Pagi2 tadi Kak Rosni mintak aku menghantarnya ke terminal Skyway. Acara hujung minggu Kak Rosni memang tak lengkap kalau tak 'turun' ke KL mengukur jalan hehe... Mulanya aku ingat nak melepak2 kat bangunan Sri Layang IAB sambil melayan laman Facebook dan Skype je tapi Juspine tetiba melahirkan satu idea spontan membuatkan aku terus merasa teruja - jom ke puncak Genting sementara menantikan bas KL tiba. Masih ada lebih kurang sejam sebelum Kak Rosni bertolak ke KL. Serentak mencapai kata sepakat, kami bergegas ke kaunter membeli tiket menaiki gondola dan terusssss menaiki kereta kabel dengan hati berbunga2 ceria... Seronok jugak bila sesekali buat aktiviti spontan mcm ni... Buat Juspine dan Kak Rosni, terima kasih atas pengalaman menjalankan aktviti yang tak dirancang dan penuh kejutan tu. Kenangan indah ni akan kekal terpahat sbg antara sejarah termanis melayari kehidupan ketika mengikuti program NPQEL kat sini... Friendship remains forever! ;)
2 comments:
comel la kak jan...
yg mana satu comel tu zan? monyet2 tu ke? wahahaha...anyway tq izan.. :)
Post a Comment