Thursday, April 29, 2010

Sebiji Kek dan Sebatang Sumpit


Dah menjadi rutin sejak aku kat sini, selang dua minggu sekali aku akan kembali ke bumi Darul Takzim. Jumaat lepas aku memulakan perjalanan disertai dua jejaka Sarawak yg jugak ahli kumpulan aku. Bukan membawa mereka menyertai ekspedisi perjalanan pulang ke Johor Bahru jauh sekali 'melarikan' suami2 orang dari bumi kenyalang... aku sekadar menghantar mereka hingga ke LCCT, KLIA utk menemui family yang dah lama dirindui. Perjalanan terasa agak seronok juga bila ada rakan bersembang menemani aku sepanjang pemanduan. Selesai misi menghantar Zuhardi dan Peter - sahabat2 baik yang banyak membantu sepanjang mendepani kehidupan di sini merangkap Geng Bas Sekolah (yang dah seakan2 berkubur kewujudannya), aku meneruskan perjalanan secara bersendirian. Masa berkualiti ujung minggu, aku peruntukkan sepenuhnya untuk mak abah yg aku cintai dan aku rindui. Pantas masa berlalu, Ahad aku memulakan perjalanan kembali ke kota keriangan seperti biasa... Senin kelas dah bermula. Entah kenapa sejak pagi badan aku x sedap betul.. kepala berat, mata berair dan sendi2 terasa sakit sangat. Mungkin disebabkan terkena ujan renyai yg turun masa aku menjejakkan kaki kat IAB. Mulanya aku sangkakan suhu badanku akan kembali normal lepas kelas. Sebaliknya, semakin lama suhu badan aku semakin panas sampai la akhirnya aku mintak pengecualian kelas tengahari tu daripada Dr James Ang (pensyarah yg terkenal dgn ketegasan ala tenteranya tu) asbab keadaan kesihatan yg makin x mengizinkan. Dua hari MC memberikan aku rehat yg cukup - cuma rasa bosan agak membelenggu bila terpaksa duduk kat bilik sorg2 setiap kali Mastura dan kawan2 lain ke kelas. Sepanjang tempoh tu jugaklah Kak Aida menjadi pelawat dan perawat yang setia. Terharu aku dikelilingi sahabat2 yg sentiasa menemani sepanjang tempoh 'pengurungan' tu... huhu... Terasa benar diri aku disayangi hehe...(perasan!) Paling mengharukan, pemberian daripada Zuhardi dan Peter berupa sebuku kek lapis dan sebatang sumpit dari Sarawak. Sekian lama aku 'mengidam' nak memiliki sebatang sumpit (entah kenapa aku minat betul ngan sumpit ni hehe...), ole2 rakan2 tu membuatkan aku kembali bersemangat. Lepas ni sape yg nakal2 tu bersedialah utk disumpit yea...hehe... Terima kasih daun keladi, Adi & Pet... Korang memang 'best'lah!!!

No comments: