Friday, April 2, 2010

Sepetang Di Lereng Bukit


Toleh kanan, pusing kiri, pandang depan, jengok belakang... semakin ramai kengkawan yg dah mula manis muka dan tersenyum lebar menunjukkan yg masing2 dah selamat menghantar laporan sandaran kepada pihak IAB sebagaimana yg disyaratkan. Kalau sebelum ni muka masing2 nampak ketat dan tegang, sekarang senyum simpul mula tersungging sampai ke telinga. Berseri wajah masing2 memancar2 macam bulan purnama...hehe... Aku pun tumpang gumbira dan teruja. Aku awal2 lagi dah menyerahkan laporan (dan menyerah diri tp bukan menyerah kalah tau!) kat Pn Hjh Noraini Abdullah. Bukan apa, lagi lama aku simpan laporan tu semakin terseksa jiwa raga aku rasakan... Itu nak tambah, ini nak betulkan... pening! Sudahnya aku hantar je dan bila penyelia aku terima tanpa satu soalan pun (huhu..) aku pun berdendang sayang la...

Aku memang sangat berbesar hati bila diajak kengkawan meraikan kegumbiraan dan kejayaan menyiapkan assignment diorg dengan pelbagai cara. Sebagai 'adik', memang murah betul rezeki aku kat sini... hehe... Tempohari Kak Aida mengajak aku ngeteh kat restoran mamak di Goh Tong sebaik je selamat laporan sandarannya dihantar kpd penyelia. Semalam pulak, aku & Kak Ros dibawak berjalan2 oleh Kak Yatie ke Berjaya Hills, Bukit Tinggi kat Janda Baik utk menikmati panorama alam yg indah kat sana sebagai tanda dia sudah 'merdeka'. Aku memang la seronok bila sesekali dapat keluar dari dunia IAB yang sunyi dan suram ni. Perjalanan kami bermula jam 5.45 petang. Walaupun perjalanan yg berliku2 membuatkan aku ngan Kak Ros hampir tewas dek kerana mabuk, suasana bertukar ceria sebaik je sampai ke lokasi yg dituju. Masing2 terus kembali segar bugar... Pening2 kepala, loya2 semua ilang berdesup sebaik melihat panorama indah terbentang depan mata... Apa lagi posing sakan le kami kat situ...

Walaupun demam aku masih belum baik betul dan ujan rintik2 mengindahkan suasana ptg tu, aku tak pedulik dah. Yang penting misi utama terlaksana - amek gambo sepuas2nya.. Sayang betul sebab kitorg cuma ada masa lebih kurang sejam je pastu keadaan dah gelap dan kitorg bergegas balik ke IAB coz ada meeting yg perlu dihadiri kat sana malam tu. Di kesempatan ini, jutaan terima kasih aku ucapkan kpd Kak Yatie atas kesudian membawa saya ngan Kak Ros jalan2 kat tempat yg cantik dan mempesonakan tu... Buat kengkawan yg kena tinggal tu, jgn la sedih dan berkecil hati. Nanti kalau ada rezeki kita gi sana sama2 ok? Seronoknyaaaa!!!

4 comments:

Unknown said...

salam... keindahan Bukit Tinggi mengingatkan aq suatu tempat di tanah kelahiranqu.. Sabah...cuma berbeza dr segi latar fizikal.. Ijan,kalo dpt kugunakan kaki utk sampai ke sana, pasti la ni jugak kuajak jospine n the geng menapak ke sana... tp apakan daya...

Izan Hasrin said...

Salam Kak Rosni, one fine day saya akan bawa akak, juspine & our geng GBS) ke sana. Tempatnya mmg sangat cantik diinspirasikan drpd Colmar, France cuma perjalanannya agak mengambil masa. Saya teringin gak ke Sabah, nantilah tunggu dpt 'surat saman' akak & Che Mat.. hehe..

Unknown said...

seronok tak terhingga bagai di Scotland

Izan Hasrin said...

setuju.. we had a wonderful time there, akak! kenangan yang pastinya menjadi antara kenangan NPQEL yg terindah. Luv u, kak ros!!