Friday, April 16, 2010

Karnival Sukan & Kesihatan

Abis peperiksaan untuk Fasa Pertengahan, petang tu semua pelatih NPQEL bergegas untuk menyertai Karnival Sukan dan Kesihatan IAB yang dianjurkan oleh Persatuan NPQEL Kohort 2/2009. Karnival sukan bermula pada petang Selasa 13 April 2010 dengan pertandingan sukan rakyat. Tanak ketinggalan, aku menyertai pertandingan batu seremban yang diadakan di dewan. Pada pusingan pertama, aku berjaya mengalahkan 'pemain terbaik' kumpulan K3 iaitu Encik Nik Zaidi yang bersungguh2 benar nak 'melawan' aku (sampai mintak hakim tukar jadual perlawanan hehehehe)... Ternyata skill melambung dan menyambut batu seremban (batu kerikil je yg digunakan pun!) masih ada lagi.. cewahhhh... Dari batu seremban, aku beralih pulak ke pertandingan dart. Naik kebas jugak tangan ni nak mengabiskan perlawanan yg sengit tu. Belum abis kat situ, aku sambung main congkak pulak. Orang pertama yg menjadi 'lawan' aku petang tu ialah hero bumi kenyalang yg jugak klasmet aku, Encik Zuhardi Sekawi. Memang bangga betul dapat mengalahkan tok guru silat dari Sarawak nan sorg tu. Lepas tu aku 'jumpa' pulak dengan Encik Yunos K3 yg berjaya menewaskan aku dengan kepakarannya yg sukar ditandingi (alaaa...saje je aku bagi dia menang sbg tanda hormat kpd org lebih tua... ahakssss). Memang enjoy betul aku ptg tu. Hilang kejap stress yang ada...bak kata org Sarawak 'Rindok rasanya kamek!!'

Keesokan paginya kitorg dengan semangat penuh membara menyertai pertandingan bola jaring kat gelanggang IAB. Di sebalik kemeriahan permainan bola jaring tu, banyak pengalaman aku perolehi terutamanya dalam mengenali hati budi kengkawan sekumpulan. Sekarang taulah aku mana geng yang panas baran, sape yang selalu hepi go lucky, mana berkeazaman tinggi dan yang selalu positif dalam pelbagai situasi... semuanya terpapar sepanjang sesi permainan yang penuh kontroversi ni. Selaku pengurus pasukan (merangkap jurulatih dan 'juruletih') aku berusaha sedaya upaya untuk memotivasikan pemain dan menghindarkan pertikaian yang berlaku sama ada dalam kalangan ahli pasukan mahupun dengan pasukan lawan. Tapi biasalah... adat permainan, ada je yang tak puas hati kat sana sini. Semua karenah pemain aku telan dengan penuh sabar dan tenang. Rilek la.. nak buat camane... akak2 ni dah menginjak ke alam remaja purba... layan je laaaa walau sikit sebanyak terguris jugak perasaan aku ni. Mujur segalanya berakhir dengan baik dan aman. Tahniah utk pasukan K4 yang menunjukkan jati diri dan semangat kesukanan yg jitu sepanjang pertandingan diadakan.

Menjelang pagi Rabu, aku begitu berkobar2 menuju ke bangunan Sri Layang, IAB. Bukan apa, aku sebenarnya sangat teruja dan tak sabar2 untuk cuba menderma darah - satu perkara yg sangat2 ingin aku lakukan sekian lama. Sesampainya aku kat sana, dah ramai yang menunggu utk ujian kesihatan sebelum ke kaunter derma darah. Alhamdulillah, aku pass ujian tekanan darah dan gula... so akupun meneruskan hasrat yg dah lama terpendam ni. Mula2 bila dicucuk tu sakit la sket... biasa la kan? 2 minit pertama, darah aku lajuuuu je mengalir masuk ke beg yg disediakan. Tapi x lama pastu tetiba pengalirannya tersekat2. Nurse yang ada kat sebelah aku pun mula gelisah. Kejap2 dia check jarum kat lengan aku. Ditolak2 dan ditekan2 tapi darah aku tetap menitis perlahan dan akhirnya mogok tanak kuar dah... Aku minta nurse alihkan jarum ke bahagian lengan yg lain pulak. Mana tau darah aku dapat diambil kat situ so akupun dicucuk lagi. Kali ni agak sakit jugak tapi dek kerana semangat nak menderma aku tahankan je la... Lepas 15 minit berlalu, darah masih tak cukup untuk memenuhkan beg yg diberi. Memandangkan tangan aku pun dah sejuk dan start bertukar biru, sesi derma darah terpaksa dihentikan. Menurut kata nurse, darah aku yg dah diambik tu terpaksa dibuang memandangkan ia dah mula membeku. Sayangnyaaaa... Takpelah, aku takkan berputus asa. Harap2 lepas ni aku ada chance menderma darah utk mereka yg memerlukan.
Buat semua ahli kumpulan K4, aku memang kagum dengan semangat kesukanan dan teamwork yang ditonjolkan. Syabas diucapkan sebab berjaya mengungguli 5 daripada 10 acara keseluruhan yang dipertandingkan. Mudah2an semangat setiakawan yang ditunjukkan akan berkekalan sampai kita ke UM kelak... Chaiyooookk!!

No comments: