Friday, February 25, 2011

Nikon S250 Coolpix

Lama benor rasanya aku tak buat aktiviti kegemaranku nan satu tu - amek gambor. Semenjak lense kamera aku rosak (lense error) aku dah tak dapat meneruskan hobi mengisi masa terluang tu. Kalau tidak.. pantang ada momen2 yg menarik pasti aku takkan melepaskan peluang membidik lensa kamera merakamkannya sebagai kenangan.. Tanpa kamera, aku ibarat orang buta kehilangan tongkat. Tak syok! Ada xde pun aku lepaskan gian amek gambo gunakan henpon aku yg tak berapa canggih tu. Auranya lain.. bisanya tak sama.. Tak sabar rasanya nak balik JB utk aku hantor kamera kesayangan aku tu berjumpa 'doktor'nya. Biar diperiksa & diberikan perskripsi yg boleh menyembuhkan kecederaannya. Yang pastinya, poket aku la yg akan cedera pasni! Sayang benar aku dengan kamera digital tu ~ Nikon Coolpix S250 pemberian adikku, Mie sempena hari jadi aku hampir 2 tahun yg lalu. Kamera tu dah merakam banyak detik bersejarah dalam hidupku dan membantu aku menyelesaikan banyak assignments. Banyak jasanya pada aku tu! Sabarlah yea sayang.. minggu depan akan ku bawa dikau bertemu pakar mengubati sakitmu yg tak dapat ku ubati sendiri.. Pastu boleh la kita kembali ke arena fotografi bersama2.. Klik! Klik! Klik!

Tuesday, February 22, 2011

Elegi Hati


Wahai hati.. jika hari ini kita menangis sedih, tidak semestinya airmata itu menemani kita sehingga esok hari. Kerana bila tibanya dinihari, tika mentari bangkit dari peraduannya yang panjang, siapa tau ia mengiringi senyuman keriangan di wajah suram kita dan menyisih kepedihan itu jauh dari nurani. Kerana esok tidak menjanjikan apa-apa buat kita. Bingkas dan bangkitlah.. ukirkan ceria agar terpancar keriangan melindungi kecederaan hati..

Duhai sanubari.. Jika hari ini kita tertawa bahagia, ingatlah jua bahawa kebahagiaan itu bukan mutlak buat kita selamanya. Entah esok atau lusa ia bisa direnggut dari jiwa kita yang halus dan tidak sempurna. Maka bersabarlah, kerana itulah bekalan kita tatkala berdepan dengan mehnah dan tribulasi yang tidak dijangka..

Aduhai jiwa.. Andai semalam terimbau detik pertemuan semula dengan sahabat kita yang jauh terpisah, bersedialah untuk kehilangannya semula selama-lamanya. Kerana hati manusia mudah berubah dan kesetiaan hanya permainan kata yang tiada maknanya. Usah mudah terguris dan tercalar hanya dengan kata nista orang yang mengaku bersahabat dengan kita kerana mereka sengaja membakar kesabaran dan menguji keimanan..

Monday, February 21, 2011

Aiman's World

Malam ni bertemankan keheningan dan kepanasan yang hampir tak tertanggung... aku menggagahkan diri menyiapkan assignment paper Pengurusan Undang-Undang Sekolah. Assignment tentang pendapat sarjana barat, Essex (2005) tentang hak guru betul2 membuatkan kepala aku bertambah serabut. Dalam keserabutan yang semakin tebal tu, aku amek keputusan berehat sekejap. Melapangkan fikiran sambil merajinkan diri meneroka blog rakan2 yang semakin jarang aku jengok kebelakangan ni agak seronok jugak.. Skodeng punya skodeng, aku terbaca satu laman blog yang agak menarik. Penulisnya? Tak lain tak bukan adik bongsuku nan seorang itu ~ Eman. Tak sangka pulak aku Eman ada bakal menulis semula jadi. Seingat aku, Eman mula menulis blog masa dia Form 4. Tu pun aku yg paksa sebab aku perhatikan minat Eman kepada bidang penulisan ni sangat tinggi. Baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris (Bahasa Jawa memang Eman OUT!) karya dia agak boleh tahan lah! Suka pulak aku baca karya Eman yang santai dan tak terlalu ilmiah tu.. Walaupun aku pasti Eman tak ndak dan tak sudi baca kisah merapu aku kat laman 'hijabsangpencipta' ni.. aku rasa bangga gak dengan dia. Bukan apa, di saat ramai kengkawan aku baru je nak start berjinak2 dengan penulisan blog ni, Eman dahpun banyak berkarya. Walaupun bahasa yang digunakannya tu kadang2 aku pun naik tak paham, aku bangga kerana Eman masih terus menulis.. Teruskan menulis adikku! I am proud with u!

Bicara Ruang Fikirku

Lama juga aku tak berpeluang menjenguk ke mari. Februari kian melabuhkan tirai tapi entri yang terhasil cuma berapa kerat aje nampaknya. Semuanya dek kerana kesibukan tugas dan pelbagai rutin lain yang memerlukan perhatian segera di IPK, UM.. Inilah harga yg perlu aku bayar untuk menjadi 'mahasitua' di universiti tertua negara ini. Alhamdulillah, dengan beban tugas dipikul di pundak (yang hampir rebah sebenarnya) aku masih boleh bertahan. Masih boleh mengukir senyuman dan masih boleh bernafas dengan bebas sebebas2nya.. Syukur aku kepada Yang Maha Mengasihani. Adakalanya di saat2 sukar ketika aku hampir tewas keletihan dengan tugasan yang tak pernah kunjung surut, aku terkenangkan kata2 bahawa "Allah tidak akan menguji seseorang (sesuatu kaum) itu melainkan dengan ujian yang mampu dihadapinya". Itulah penawar yang menyejukkan hatiku yang selalu bertukar musim dan warnanya. Antara lena dan jaga, antara kecewa dan ketawa, antara letih dan ceria.. juga antara sibuk dan santai bersahaja.. abang Sham setia mendiami diari kehidupanku yg selalu haru biru. Nasihat dan pesanan yang dititipkan sentiasa menjadi azimat buat aku melangkah lebih cekal dan gagah mengharung badai dugaan dan merentasi samudera cabaran yang jarang tenang tetapi sentiasa bergelombang. Kehadiran rakan2 yang menemaniku di saat2 genting dan sukar juga amat aku hargai meskipun adakalanya 'nasihat' yang diberikan itu agak mencalarkan perasaan.. Pada aku, betapa akrabpun kita kepada seseorang, hak peribadi mereka perlu dihormati. Seperti mana aku tidak gemar masuk campur dan mengatur kehidupan orang lain, begitu juga aku mengharapkan privasi agar aku dapat menguruskan kehidupan ku sendiri. Seperti lazimnya ~ aku tidak suka dan rimas jika kehidupan aku diaturkan oleh orang lain, maaf! Untuk itu, sememangnya Abg Sham memang mengungguli nominasi pertama di dalam carta insan yang sentiasa memahami diri ini dan membuat aku rasa selesa menjadi diriku sendiri.. dan aku bertambah CINDU padamu.. Shamsulizan ~~> 69 days to go... ;)

Thursday, February 17, 2011

14 Februari 2011


Saban tahun kehadiran 14 Februari dinanti oleh pasangan kekasih untuk membuktikan betapa dalamnya cinta dan kasih sayang mereka kepada pasangan yang dikasihi. Meskipun tegahan dan larangan dah dihebahkan tentang betapa tidak wajarnya Hari Kekasih diraikan.. masih ramai yang meraikan kehadiran Valentine's Day sebagai simbol percintaan mereka. Tarikh tersebut lazimnya ditunggu2 dengan penuh debaran dan keterujaan kerana itulah tarikh keramat yang meninggalkan kesan mendalam buat mereka.. Ros merah, coklat, hadiah.. menjadi pemberian yang melambangkan keutuhan kasih sayang dua insan bercinta katanya! Tak paham betul aku, bukan ke hari2 kita digalakkan untuk berkasih sayang? Toksah la dok tunggu hari tertentu untuk menzahirkan rasa cinta kepada insan tersayang untuk mengungkapkannya.. Apapun, tarikh 14 Februari 2011 lalu meninggalkan kesan yang mendalam buat aku dan abang Sham. Mengapa? Kerana pada tarikh tersebut genap 76 hari kami bersama dan 76 hari lagi kami bakal disatukan dgn lafaz ijab dan qabul pula. 76 pula merupakan tahun yang menyaksikan detik pertama aku menghirup udara dan bernafas di dunia yang fana ini.. Segalanya kebetulan saja namun ia tetap memberikan makna besar kepada ikatan cinta antara aku dan dia.. Hmmm... Suratan atau kebetulan? Hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahui.. CINDU!

Tuesday, February 15, 2011

Pergi Tak Kembali


Pagi semalam aku dikejutkan dengan berita sedih dua orang rakan yang kehilangan insan2 yang dikasihi kerana kembali menemui Yang Maha Pencipta. Berita sedih pulangnya allahyarham anakanda Ahmad Izzul Islam, putera kesayangan classmate yg sangat aku hormati, Cikgu Ahmad Kamal bin Ibrahim & allahyarham Encik Hashim - bapa cikgu Fauzi Hashim rakan se'kohort' meninggalkan rasa sebak dan pilu yg tidak terhingga di dalam hatiku. Di saat ini, pastinya kedua2 orang rakanku ini sedang diambang kepiluan dan kesedihan kerana pemergian ahli keluarga yang menjadi tonggak kekuatan masing2. Di celah2 rasa dukacita itu, aku dihubungi oleh Mastura ~ ex-roomate sepanjang aku di IAB yang kini melanjutkan pengajian di UPSI. Sendu tangis Mastura menceritakan pemergian bonda kesayangannya tanggal 2 Syawal 1431 (11 Disember 2010) lalu menyebabkan air mataku tumpah tanpa dapat ditahan2. Terkenang aku akan allahyarhamah bonda Mastura yang mesra ketika aku menemuinya di IAB dahulu. Kehilangan satu demi satu ahli keluarga anggota NPQEL Kohort 2 2009/2010, mengundang syahdu di hati. Ramai antara kami kehilangan ahli keluarga sepanjang melanjutkan pengajian di IAB hingga ke UM / UPSI termasuklah aku sendiri. Antara yang menerima berita sedih pemergian ahli keluarga termasuklah aku (abah), Zuhardi (ibu), Kak Siti Aida (bapa), Mastura (ibu), Devi (bapa), Kak Faridah (ibu), Kak Rafeah (adik lelaki), Kak Siti Faridah (anak perempuan), Cikgu Jamil (anak lelaki), Cikgu Kamal (anak lelaki), Cikgu Fauzi (bapa), Kak Suhana (bapa mentua) dan Kak Rosmahwati (abang ipar). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua dan menempatkan mereka bersama-sama golongan yang bertaqwa.. Al-fatihah..