Lama juga aku tak berpeluang menjenguk ke mari. Februari kian melabuhkan tirai tapi entri yang terhasil cuma berapa kerat aje nampaknya. Semuanya dek kerana kesibukan tugas dan pelbagai rutin lain yang memerlukan perhatian segera di IPK, UM.. Inilah harga yg perlu aku bayar untuk menjadi 'mahasitua' di universiti tertua negara ini. Alhamdulillah, dengan beban tugas dipikul di pundak (yang hampir rebah sebenarnya) aku masih boleh bertahan. Masih boleh mengukir senyuman dan masih boleh bernafas dengan bebas sebebas2nya.. Syukur aku kepada Yang Maha Mengasihani. Adakalanya di saat2 sukar ketika aku hampir tewas keletihan dengan tugasan yang tak pernah kunjung surut, aku terkenangkan kata2 bahawa "Allah tidak akan menguji seseorang (sesuatu kaum) itu melainkan dengan ujian yang mampu dihadapinya". Itulah penawar yang menyejukkan hatiku yang selalu bertukar musim dan warnanya. Antara lena dan jaga, antara kecewa dan ketawa, antara letih dan ceria.. juga antara sibuk dan santai bersahaja.. abang Sham setia mendiami diari kehidupanku yg selalu haru biru. Nasihat dan pesanan yang dititipkan sentiasa menjadi azimat buat aku melangkah lebih cekal dan gagah mengharung badai dugaan dan merentasi samudera cabaran yang jarang tenang tetapi sentiasa bergelombang. Kehadiran rakan2 yang menemaniku di saat2 genting dan sukar juga amat aku hargai meskipun adakalanya 'nasihat' yang diberikan itu agak mencalarkan perasaan.. Pada aku, betapa akrabpun kita kepada seseorang, hak peribadi mereka perlu dihormati. Seperti mana aku tidak gemar masuk campur dan mengatur kehidupan orang lain, begitu juga aku mengharapkan privasi agar aku dapat menguruskan kehidupan ku sendiri. Seperti lazimnya ~ aku tidak suka dan rimas jika kehidupan aku diaturkan oleh orang lain, maaf! Untuk itu, sememangnya Abg Sham memang mengungguli nominasi pertama di dalam carta insan yang sentiasa memahami diri ini dan membuat aku rasa selesa menjadi diriku sendiri.. dan aku bertambah CINDU padamu.. Shamsulizan ~~> 69 days to go... ;)
No comments:
Post a Comment