Salam penuh kasih sayang buat abah yang sentiasa adik rindui..
Abah, ketika nukilan ini adik bingkiskan buat abah, adik berada dalam kesedihan yang bukan kepalang. Alangkah indahnya jika kala ni abah ada di sisi adik.. mendengar rintihan hati yang sarat menanggung kedukaan yang amat berat terpikul di pundak. Masih ingat tak lagi abah, kita berkongsi cerita dan apa jua peristiwa yang berlaku dalam kehidupan adik pasti akan adik kongsikan bersama abah. Tak pernah sekalipun abah menghukum apatah lagi menyalahkan adik sekiranya adik tidak mampu dan gagal mencapai target yang adik sasarkan, sebaliknya kata2 perangsang abah akan terus membakar semangat adik untuk terus berjuang mencapai apa jua yang adik impikan. Sejak abah pergi, adik amat terasa kehilangan, sungguh! Tiada lagi tempat mencurahkan perasaan, berkongsi pendapat, idea dan cerita macam abah.. Dulu, setiap kali adik menghadapi masalah, abah akan jadi pendengar yang setia. Abahlah tempat adik mencurahkan suka duka yang adik depani. Tak pernah sekalipun abah mengasak soalan dan menambah tekanan yang sedia menyesakkan fikiran adik.. Bila adik menangis tatkala menghadapi masalah yang membelenggu fikiran, abah akan menyabarkan.. mendengar dengan penuh perhatian dan membiarkan sampai tangisan adik reda sendiri. Abah kata, adik perlu kuat menghadapi cabaran.. abah yakin adik mampu hadapi apa jua rintangan. Itu dulu abah... sekarang adik dah tak sekuat dulu. Hati adik semakin rapuh dan mudah tersentuh. Mudah goyah dan air mata semakin mudah tumpah.. Adik menangis bila bersendirian.. ada masanya adik menangis ketika terjaga dari tidur pada tengah malam.. Abah, adik rindukan abah.. dan ketika ini, di saat ini adik bertambah2 rindu kepada abah. Hanya doa yang mampu adik kirimkan agar abah tenang bersemadi di sana. Hati.. sabarlah.. tabahlah.. kuatlah.. Al-fatihah buat abah daripada anakanda yang sentiasa merinduimu.. :(
No comments:
Post a Comment