1 Julai 2011 - Ditemani abang Sham, aku melapor diri ke Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP) untuk penempatan semula selepas tamat pengajian. Di sana, aku terus menemui Encik Aziz di unit sekolah menengah harian untuk menentukan ke sekolah mana aku bakal ditempatkan. Dalam debaran yang tak kunjung padam, aku langkahkan kaki ke pejabat JPNPP. Aku dah bersedia sepenuhnya untuk ditempatkan di bahagian pulau sebagaimana yang dimaklumkan kerana tidak ada kekosongan di tanah besar. Abang Sham menyokong aku, cuma sesekali menyebut 'jauh' setiap kali isu posting ni kami bicarakan. Takpelah.. aku sekadar menurut perintah. Di mana bumi dipijak, di situ langit akan aku junjung. Sebaik melangkah masuk ke ruang pejabat beliau, kami dipersilakan duduk. Dengan bicara yang tenang, Encik Aziz memaklumkan bahawa pada mulanya beliau berhasrat menempatkan aku di Penang Free School tapi akhirnya memutuskan untuk menghantar aku ke SMK Dato' Onn, Butterworth memandangkan ia lebih hampir dengan alamat residensi kami. Aku jeling sekilas wajah abg Sham untuk melihat reaksi suamiku. Maklumlah, aku bukannya tau lokasi sebenar kedua2 buah sekolah yang disebut tu.. Pada aku, kat mana2 pun boleh lah! As long as kat penang, aku 'on' je.. Hehe.. Mendengarkan SMKDOB disebut, senyum meleret tersungging di wajah manis abang. Hilang kelibat Encik Aziz yang keluar menguruskan penempatan, sempat abang bisikkan betapa bersyukurnya beliau kerana sekolah yang dinyatakan sememangnya tak jauh dengan tempat tinggal kami. Aku memang amat bersyukur atas rezeki kali ni. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan buat kami setakat ini. Usai urusan di JPNPP, aku pun terus melapor diri di SMKDOB sebelum jam 12 tgh hari yg sama. Meskipun tidak berpeluang menemui pengetua, Puan Hjh Calsom Ibrahim, kesempatan bertemu dengan Puan Nasrah Ahmed (PK1) dan Puan Syahiran Md. Nor (Ketua Bidang Bahasa) sangat melegakan. Mudah2an aku akan terus cemerlang sejajar aspirasi melahirkan anak didik yang gemilang di persada dunia... Cikgu Zahizan, welcome back to school! ... dan pengembaraan barupun bermula... :D
2 comments:
Hi CikGu, I'M BeNnY !! (4rm 1 DeLtA)
Hi Benny.. thank you for visiting my blog.. hehe.. this is like a journal for me to dictate what happen in my life recently.. good to see u here :)
Post a Comment