Dah agak lama jugak aku tak menjenguk ke mari asbab masa yang terbatas dan tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Kesibukan menyiapkan tesis sarjana yang baru je berlalu masih terasa2 lagi. Berjaya menghasilkan tesis tepat pada masa yang ditetapkan sememangnya memberikan kelegaan yang tak terkata.. Macam2 irama berlagu mendendangkan ritma merdu mengiringi langkah ku yang kian menghampiri ke garisan akhir pengajian. Kini, aku pun dah kembali bertugas di sekolah dan memulakan rutin yang telah lama aku tinggalkan. Bezanya, kali ni aku melapor diri untuk memulakan tugas di utara tanah air. Alhamdulillah, aku ditempatkan di pulau mutiara dan berpeluang memulakan kehidupan baru bersama2 suami yang aku cintai. Menoleh kembali, sebenarnya proses penempatan semula kami ke sekolah telah bermula lebih awal. Aku dan Sujirah dahpun membuat langkah awal ke KPM dan memohon ditempatkan di utara tanah air namun jawapan yang diberikan oleh pegawai penempatan sememangnya mematahkan impian utk aku berhijrah mengikuti suami. Pertengahan Jun, keresahan semakin melanda. Apatah lagi bila panggilan ke KPM mengesahkan bahawa aku bakal ditempatkan kembali ke selatan tanah air ~ di bumi Johor Darul Takzim. Bukan tidak gembira untuk kembali ke pangkuan emak dan keluarga di selatan, tapi wajah suami terbuai2 di birai mata. Aku kini menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan pastinya tempat ku adalah di sisi abang Sham. Risau, bimbang, sedih, hampa.. macam2 perasan bersarang dalam benak fikirku. Tambah2 lagi aku tengah kalut menyiapkan tesis kala itu.. Sempat lagi aku bergegas ke KPM memohon ditempatkan di utara, tapi masih tiada harapan. Akhirnya aku pasrah.. Takpelah, kat mana2 ditempatkan pun aku akan redah. Maklumlah SYMP. Tabahlah hati.. huhu.. 28 Jun 2011 lalu aku menyambut hari kelahiran buat pertama kalinya dengan abang Sham. Sambutan hari lahirku di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas tambah bermakna apabila aku di'hadiah'kan dengan berita gembira ~ permohonan ku bertukar ke Pulau Pinang diluluskan. Syukur tidak terhingga aku dengan kurniaNya.. Yang berlebih2 gembira pastinya suamiku yg tercinta, abg Sham kerana aku bakal menemaninya sebagai anak rantau di sini.. Syukur, alhamdulillah... Terima kasih Dr Zuraidah!! :)
No comments:
Post a Comment