Aku dah kembali menggalas misi negara melahirkan generasi berpengetahuan selama beberapa hari. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar meskipun aku masih terkial2 membiasakan diri dengan rutin hidup yang baru. Segala2nya agak asing buat aku ~ persekitaran, cuaca, budaya serta iklim sekolah & dialek percakapan yang berbeza memberikan suasana yang baru buat diri ini. Mujur juga aku mengajar Bahasa Inggeris so lenggok bahasa dan kosa kata yg digunakan tidak banyak bezanya. Kalau tidak, sudah pasti aku agak janggal bercakap dek kerana lenggok bahasa dan slanga utara yg agak pekat dituturkan oleh majoriti warga sekolah ini. Menariknya, anak2 murid yang aku temui kebanyakannya fasih berbicara menggunakan Bahasa Inggeris. Di SMKDOB, aku ditugaskan mendidik pelajar2 dalam 3 aras berbeza : 1 Delta, 2 Sigma, 2 Zeta, 4 Gamma dan 4 Sigma. 25 waktu mengajar memang agak memenatkan tambah2an pula dah 2 tahun aku bercuti mengajar. Sementelah pula aku cuma mengajar 15 waktu sebelum meninggalkan SMA 2 tahun yg lalu. Penat, letih, tidak berdaya... seringkali mewarnai hari2 yg aku lalui sekarang. Dalam kesibukan rutin yg aku lalui skg ni, tak dapat aku nafikan aku memang amat2 merindui zaman2 belajar khasnya di IAB dan di UM. Wajah rakan2 bersilih ganti terbayang di birai mata.. alangkah syahdu.. alangkah rindu.. dan kerinduan itu semakin bertamu serta menggebu2 setiap kali aku dihubungi rakan2 seperjuangan. Semakin tak sabar rasanya utk bertemu rakan2 dan kembali bergelumang dengan buku selepas ini.. hehe.. Perjuangan belum selesai!
No comments:
Post a Comment