Sunday, August 18, 2024

Sabarlah Hati..

Keletihan dan kelelahan mengikut rapat diri ku dua minggu ini, sementelah banyak urusan rasmi di luar daerah yang harus ku ikuti. Meski sarat bahu memikul amanah yang perlu dilunaskan, sedaya mungkin aku cuba enjoy tanggungjawab yang terpikul dengan hati yang gembira dan minda yang terbuka..

Di celah-celah kesibukan ada kala sukmaku menjauh dibuai perasaan. Almaklumlah aku ni manusia yang punya hati sanubari. Bila jiwa mula hanyut cepat-cepat aku sedarkan diri dan tarik nafas sedalamnya. Berfikir dan merasionalkan situasi yang aku depani dengan fikiran waras tanpa dikuasai emosi. Bimbang juga kata hati memakan diri.

Alhamdulillah, buat masa ini berjaya juga ku tangkis secangkir rindu yang mula bertamu, merungkai seuntai rasa yang mula menyapa mesra.. Fuh, bahaya! Red flag perlu cepat berkibar sebelum menjadi barah yang melahar.. biar ku ubat pedih duka ketika ini daripada menjeruk rasa di kemudian hari.. Cukup-cukuplah ujian hati yang pernah aku alami.. jangan biar pisang berbuah untuk kesekian kali.. Takut! 🌹



Saturday, August 10, 2024

Empowering Our Act 🌹

1. If a person sleeps too much, they are unhappy

2. If a person laughs a lot even to silly things, they actually feels lonely inside.

3. If a person tries to help and support others, it's likely that no one can ever imagine they themselves need that support but they do not used to share their problems with others.

4. If a person lies a lot, they might be insecure.

5. The person constantly tries to stand out, it's likely that they were not loved enough or given enough attention in the past.

6. If a person cries over small things, they are pure and kind.

7. If a person is often aggressive, it means they have strong internal pain that they hide within themselves.

8. If a person stays quiet in a large group of people, they are likely mentally strong. They know that a wise person listens more  and speaks less so they value their words.

Let's be a better person we can be 🥰❤️🌹


Life is Hard

No matter what you do in life, people will always criticize you. 

🎯 If you get fat, people think that you eat too much. 

🎯If you loose weight, you are sick.

🎯 If you dress well, you are showing off.

🎯If you dress simple, you are poor 

🎯 If you speak your mind, you are rude. 

🎯If you keep silence , you are coward.

🎯 If you are successful, you are arrogant. 

🎯If you are struggling, you are lazy.

🎯 If you are honest, you are naive.

So do whatever that makes you happy, whatever fulfills you and build your dream life one day at a time. 

#Live life at the fullest 🌹

#Spread love, stop hatred ❤️

Friday, August 9, 2024

I'm Not A Robot

Kadang-kadang bila dijentik rasa jauh hati, aku biar dan benam dalam-dalam. Kadang-kadang bila rasa hati ku disakiti, aku pendam, aku hadam perit pedihnya sendiri.. kadang-kadang bila dijengah rasa kecewa, aku sembunyikan di balik lirik senyuman. Kadang-kadang bila hati dihambat resah gelisah, aku berselindung di balik tawa ceria. Seboleh mungkin tidak aku pamerkan getirnya perasaan, namun ada sesekali aku tewas juga. Rajuk meski tidak pernah dipujuk, menahan diri sampai hati tenang sendiri. Menahan gejolak jiwa hingga hilang ditelan duka. Meski aku sering bicara tanpa suara, aku tetap seorang manusia. Ada hati, ada perasaan, bukan boneka atau barang mainan.. Itu yang selalu mereka lupa. Adakah tiada lagi hak untukku bersuara atau berkongsi rasa? Sabarlah hati, damailah sanubari. Kebenaran pasti akan memunculkan diri.. dan perih jerihnya duka akan berlalu pergi..



Berkelana Lagi

Dikelilingi ramai sahabat taulan yang baik dan saling menyokong adalah rezeki yang amat aku syukuri. Setiap pertemuan dengan rakan lama mahupun yang baharu, merupakan anugerah terindah yang ku simpan kemas dalam sanubari kerana setiap seorang yang aku temui mempunyai nilai istimewa dalam hatiku.

Sebenarnya aku baru pulang dari Melaka. Menghadiri taklimat profesionalisme dengan rakan pengetua negeri Johor merupakan tambahan pengalaman dalam perjalanan kerjaya ku. Alhamdulillah, selain menerima banyak input baharu, aku berjaya mencipta persahabatan dengan lebih ramai rakan baharu dari pelbagai daerah. Selain itu pertemuan dengan rakan-rakan yang pernah sama-sama menimba ilmu dan sama-sama bertugas di sekolah-sekolah sebelum ini sememangnya amat mengujakan.

Perjalanan ke bumi Hang Tuah menaiki bas, bermula pada 6 Ogos 2024 setelah kenderaan kami diparkir di SMK Taman Damansara Aliff. Seronok betul bertemu mantan PK HEM Tasek yang lucu, En Kamarudin Alias aka En Din serta mantan PK Kokurikulum, En Ramesh yang sangat berbudi bahasa, sebelum bertolak ke sana.  Tiba di Melaka, kami singgah makan tengahari di Restoran Asam Pedas Pak Man sebelum ke Bayou Lagoon Park mengikuti sesi town hall yg bermula jam 3.30 petang. Aturcara aktiviti agak padat dengan pelbagai pengisian. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan 8 Ogos kami kembali ke sarang. Berehat 2 hari sebelum memulakan perjalanan ke Seremban Ahad nanti. 

Lama ditinggalkan, rasa rindu pulak nak ke sekolah.. sabarlah Izan (pujuk diri sendiri).. beri kepercayaan rakan2 SLT mengurus sekolah ya. Semua akan baik2 saja.. ❤️🌹



Sunday, August 4, 2024

Jangan Sedih Sayang

Esok merupakan hari terakhirku di bum Darul Takzim sebelum mengorak langkah ke Melaka Bandaraya Bersejarah melunasi tuntutan tugas menghadiri bengkel MPSM di sana. Usai program di Melaka, aku kembali mengurus hujung minggu bersama Ain dan Mak sebelum menyambung perjalanan ke IAB untuk mengikuti seminar pendidikan pula. Agak lama berkelana kali ini.. hampir 2 minggu aku meninggalkan sekolah. Perasaan agak berbaur juga almaklumlah aku tidak pernah berjauhan begini lama dengan puteri pujaan hatiku. 

Berkaca juga mata Ain bila ku khabarkan mummy ada tugasan di luar kawasan agak lama kali ini. Sepanjang malam semalam, tidurnya di atas lenganku dan enggan berenggang jauh. Apa agaknya perasaan kesayanganku ini.. sebak juga rasa hati bila ku tatap wajah mulus anakanda ku ini.. sabar ya sayang. Mummy pergi tak lama. Nanti mummy pulang kita cerita panjang-panjang.. sayang anakku nan seorang!! 

Sayangku Ain.. I love you wholeheartedly and no one can replace your place in my heart 🥰 my love will always be with you wherever you are 💋 Love you eternally, Mummy ❤️