Sebenarnya aku baru pulang dari Melaka. Menghadiri taklimat profesionalisme dengan rakan pengetua negeri Johor merupakan tambahan pengalaman dalam perjalanan kerjaya ku. Alhamdulillah, selain menerima banyak input baharu, aku berjaya mencipta persahabatan dengan lebih ramai rakan baharu dari pelbagai daerah. Selain itu pertemuan dengan rakan-rakan yang pernah sama-sama menimba ilmu dan sama-sama bertugas di sekolah-sekolah sebelum ini sememangnya amat mengujakan.
Perjalanan ke bumi Hang Tuah menaiki bas, bermula pada 6 Ogos 2024 setelah kenderaan kami diparkir di SMK Taman Damansara Aliff. Seronok betul bertemu mantan PK HEM Tasek yang lucu, En Kamarudin Alias aka En Din serta mantan PK Kokurikulum, En Ramesh yang sangat berbudi bahasa, sebelum bertolak ke sana. Tiba di Melaka, kami singgah makan tengahari di Restoran Asam Pedas Pak Man sebelum ke Bayou Lagoon Park mengikuti sesi town hall yg bermula jam 3.30 petang. Aturcara aktiviti agak padat dengan pelbagai pengisian. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan 8 Ogos kami kembali ke sarang. Berehat 2 hari sebelum memulakan perjalanan ke Seremban Ahad nanti.
Lama ditinggalkan, rasa rindu pulak nak ke sekolah.. sabarlah Izan (pujuk diri sendiri).. beri kepercayaan rakan2 SLT mengurus sekolah ya. Semua akan baik2 saja.. ❤️🌹
No comments:
Post a Comment