Sunday, April 18, 2010

Jalan-Jalan Carik Ikan


Tak macam minggu2 sebelum ni, hujung minggu terasa sesangat sunyi dan sepinya. Mengambil kesempatan sempena Karnival Sukan dan Kesihatan yang baru berlangsung, ramai kengkawan NPQEL pulang ke kampung halaman lebih awal daripada biasa. Sedari petang Khamis lagi dewan makan terasa lapang dan lengang... Sorang demi sorang memulakan perjalanan pulang sampai la akhirnya yang tinggal cuma aku, Juspine, Peter, Amiluddin, Zuhardi, Hamit dan Cikgu Mokhtar. Lega jugak rasa hati ni sebaik tiba hujung minggu. Lepas seharian menyibukkan diri mengemas, membasuh baju dan menggosok sume baju yang ada dalam almari (asbab boring xde menda nak dibuat) aku ngan Juspine meronda sekitar IAB melakukan aktiviti kegemaran kami - menikmati panorama indah dan kirmizi senja sementara menantikan waktu makan malam tiba. Memang seronok betul berjalan2 sekeliling IAB yang sunyi tak berpenghuni...


Gumbira melayan karenah Juspine yang girang. Bosan terus2an berkurung kat bilik, aku bawak Juspine keluar pagi Sabtu tu. Aku memandu turun ke Stesen Putra Gombak kemudian menaiki LRT terus ke KLCC dan terus menuju ke Aquaria. Pemandangan dasar laut yang menawan dengan pelbagai spesis hidupan laut yang unik memang amat menarik perhatian. Daripada reaksi wajah Juspine ternyata dia sangat teruja melihat keunikan hidupan laut terutamanya semasa sesi fish feeding diadakan. Melihat aksi Bob, penyu gergasi dari spesis Green Turtle dan Kudsia, ikan pari yang besar tu memang mengasyikkan... Ternyata perjalanan kami aritu tu memang best. Jam menunjukkan angka 3 bila kami menjejakkan kami semula ke Asrama Induk IAB. Satu lagi memori indah terakam dalam memori hidup aku sepanjang di IAB, Genting Highlands ni... ;)

4 comments:

Kengkawan said...

waaaa so jeles!!!

sarina said...

Best gak pg kat sinikan...tgk ikan boleh kurangkan stress kak...he he

Zahizan Hasrin said...

kengkawan - jom la gi aquaria... syok mehhhhh :)

Zahizan Hasrin said...

sarina - betul dan tepat sekali. rasa x puas jalan2 tgk mcm2 spesis ikan kat situ...trus rasa cam nak gi nyelam huhu