Diam tak diam fasa pertengahan NPQEL dah kian sampai ke penghujungnya. Pelbagai memori suka dan duka kukuh terpatri dalam sanubari sepanjang melalui program NPQEL kat sini. Sedar tak sedar, Selasa ni kami semua akan 'berperang' menjawab soalan2 exam untuk fasa ni. Kengkawan dari Kumpulan 1 yang bertapa di IAB Cawangan Utara, Jitra pun akan turut sama menduduki peperiksaan bersama2 kitorg yg ada kat IAB Genting Highlands pada tarikh tersebut. Sebaik exam tamat nanti kitorg akan sibuk utk menjayakan Karnival Sukan & Kesihatan yang dianjurkan oleh para peserta NPQEL Kohort 2/2009. Selaku penyelaras, aku diberikan mandat menyediakan buku program karnival di samping bertindak sebagai Pengurus Pasukan Bola Jaring K4 yang nampaknya dah berkobar2 dan tak sabar2 memberikan komitmen jitu dgn sepenuh jiwa raga untuk 'membelasah' pasukan lawan. Seram jugak tengok semangat kesukanan kengkawan aku ni (jangan dtg semangat 'kesetanan' udah le...hehe). Pelbagai acara dahpun diatur rapi untuk memastikan program yg dirancang berjaya direalisasikan. Acara permainan dalaman, pertandingan sukan rakyat, pameran kesihatan dan acara derma darah bakal membabitkan semua warga IAB dan komuniti setempat. Utk semua geng NPQEL Kohort 2/2009 yg bakal memulakan pertarungan sengit di dewan peperiksaan pada 13 April 2010 ni, selamat maju jaya diucapkan. Moga kita sama2 dapat menjawab soalan2 yang diajukan dengan sabar, tenang dan yakin... Dah abis exam nanti kita 'all out' utk karnival sukan dan kesihatan pulak, orait?
Good luck and all the best to all!
2 comments:
gud luck utk kak jan n kawan2...
arigato gozaimas, izan sensei.. ;)
Post a Comment