Hari ini, pagi-pagi lagi aku telah menerima kunjungan tetamu yang berhajat bertanya khabar dan menziarahi aku. Alhamdulillah, kunjungan kak Asmalinda, anak murid Emak di Surau Sakinah kami sambut dengan gembira. Sempat kami bersarapan bersama sambil berbual ringan. Sebaik kak Linda pulang, loceng rumah berdenting tanda hadir lagi tetamu yang sudi singgah bertandang. Alhamdulillah, kali ini aku diziarahi dua orang figura yang aku hormati. Puan Hajah Norazlinda mantan bosku bersama Puan Hajah Sharifah, Penolong Kanan T6 SMK Tasek Utara yang aku rindui. Lama tak bersua, tak terasa masa beredar sebaik perbualan ringan melewati pelbagai topik diselangi gelak tawa ceria..
Syukur, di sebalik pelbagai ujian yang datang aku melihat banyak hikmah terselindung. Aku diizinkan untuk merasa begitu banyak kasih sayang dicurah tanpa batas.. Ramai rupanya insan yang menyayangi, mengambil berat dan mendoakan aku dengan ketulusan. Terusik jiwa yang rapuh ini dengan kurniaan Allah Yang Maha Pencipta. Terima kasih Allah atas rahmatMu.. dan dalam diam, air mata ini mengalir lesu.. 🥺
No comments:
Post a Comment