Tuesday, February 25, 2025

Cuba Try Test.. Sawit Rebus!

Masih terbayang dalam ingatan, rumah Atok di Senggarang, Batu Pahat yang  megah berdiri dilatari pokok kopi ketika aku kecil dahulu. Berkelana jauh dari kampung halaman, keluarga kami jarang berpeluang menghabiskan masa di desa dek kerana tuntutan tugas abah sebagai tentera.  Sesekali balik kampung, pastilah tak sama dengan membesar di sana. Bermain di bangsal kelapa, mengejar anak-anak ayam comel mungil keliling rumah pusaka, mengusik ibu ayam mengeram, berendam lama di dalam kolam.. aduhai . geleng kepala Atok melihat karenah kami yang pasti memeningkan kepala Atok bila sesekali bercuti di sana ๐Ÿ˜‚

Seingat aku, ketika aku mula menjejakkan kaki ke USM, tanaman kopi Atok bertukar menjadi kelapa sawit.  Ketika itu, arwah abah dah pun bersara dan kami kembali menetap di Johor. Pun begitu, setiap kali pulang ke kampung aku tidak direzekikan melihat buah sawit secara dekat. Setiap kali rakan-rakan bercerita tentang enaknya buah sawit yang direbus atau dijadikan kuih bingka, aku tekun mendengar. Diam diam, jauh di sudut hati, aku menyimpan keinginan mencicip juadah yang dimaksudkan. Satu hari nanti.. pujuk hati kecilku, selalu.

Entah macamana, satu pagi ketika menikmati sarapan di kantin SMK Medini, melintas pula topik kelapa sawit sebagai tajuk perbualan ku dengan Hang Setia berdua itu. Aku pantas menyuarakan keinginan untuk mencuba sawit rebus yang selama ini hanya ku dengar ceritanya dari rakan-rakan! Hajah dan Encik Hairul tertawa cuma.. pelik barangkali dengan permintaanku. Namun akhirnya, saat itu tiba jua.. Tanpa ku duga, hajat ku dimakbulkan setelah sekian lama aku pendamkan. 

Satu hari, dalam perjalanan pulang dari Kg Sg Melayu, kereta yang dipandu En Hairul berhenti di birai jalan. En Hairul dan Phan Saliza membantu aku mengutip 7 biji buah sawit sebagai bekalan. Excited tak usah cakaplah! Dengan hati yang girang buah sawit ku bawa pulang.. Sampai je kat rumah, aku bersihkan dan rebus bersama garam mengikut pesan 'Chef 'Hairul ๐Ÿ˜‚ Tak sempat sejuk, aku cuba sawit yang masih panas bersama Emak. Ternyata memang sedap rasanya! Momen itu menambah detik bersejarah dalam diari kehidupan ku. Alhamdulillah.. terima kasih Hajah Hazizah & Encik Hairul yang rajin melayan kerenah seorang Zahizan yang selalu curious dan ingin tahu.. Sayang kalian berdua! ❤️



No comments: