Aku pun x ingat semenjak bila aku jatuh cinta dgn sajak, syair, gurindam, puisi dan segala2 yg sewaktu dengannya... tak kira la, asal je ada sangkut paut ngan sastera... Padahal asal usulnya dulu aku ni dari aliran sains tulen. Bertambah2 lagi minat aku bila aku join Kelab Sastera USM (jadik Setiausaha Agung lak tuuu hehe...) Kenangan tu barangkali asbab aku terpana dengan kemerduan lenggok suara Encik Ahmad Kamal Idris (AKI) K3 melagukan MESTAMU (Melagukan Puisi Tanpa Muzik) bertajuk 'Aku Berkolek & Aku Bersajak' semasa sambutan Hari Guru peringkat IAB tempohari yg amat-amat menyentuh perasaan. Terkenang aku keindahan dan kesyahduan lagu-lagu puisi dendangan Kopratasa dan Ahmad Ramli yang pernah memenuhi diari hidupku satu ketika dulu (especially masa aku dok 'frust tergolek' dek kerana cinta yg kecundang di tengah jalan... huhu) Bagi aku, lagu-lagu puisi ni memang menarik kerana ritmanya yg sedap didengar, alunan melodinya yg menawan sukma dengan lirik yang penuh makna dan pengertian, memberi kesan yang amat mendalam. Yang paling melekat di sanubari ialah puisi nukilan Sasterawan Negara tersohor, Datuk A. Samad Said (1985) ini. Kenapa? Cuba hayati bait2 kata yang dinukilkan... Indah, kan?
4 comments:
Kak Zan,kiter pun suka sajak.Tapi along suker cakap kiter jiwang.hehe...
Fatin.. x semestinya org yg sukakan sajak tu JIWANG coz sajak ni banyak temanya. tapi kalau fatin jiwang pun apa salahnya, dik. sama la ngan kak izan.. jiwang tahap gaban! kita serupaaaaa....wakakaka!!!
Kata2 dalam sajak ni macam menzahirkan kekecewaan jek. Betul ke tafsiran aku? Masih melankolik, masih ada kesedihan, masih berbunyi kepiluan.
Mungkin betul, sebenarnya ia bergantung kpd tafsiran dan interpretasi masing2.. Ko ni mmg perasan bab2 perasaan aku, Hakimi.. Susah nak sembunyik! Ni aku citer pasal 'past' la kawan.. bukannya 'present'... :)
Post a Comment