Cendikiawan terdahulu ada mengatakan bahawa sekeping gambar boleh menceritakan 1001 kisah tersembunyi... Bagi aku, cerita yang diinterpretasikan setiap orang pastinya mempunyai pelbagai versi dan variasi. Melodinya berlainan nada, rentak dan ritma pun pasti berbeza. Almaklum sajalah... sekeping potret yang bisu mana mungkin dapat menjawab berjuta persoalan yang belum tentu sahih dan palsunya... Apapun, aku memang suka merenung dan menginterpretasi gambar2 yg ada di depan mata mengikut olahan, gaya dan laras bahasa aku yg tersendiri. Prinsip aku mudah... setiap ceritera yg dihikayatkan pasti ada dua sisi yang tersurat dan tersirat. Jadi.. ikut suka hati aku la nak melihat dari perspektif mana asalkan aku tak terluka, diluka dan melukakan... Ada kena mengena tak dgn tajuk entri yg aku letakkan kat atas tu? Mungkin tidakkkk... Tapi sape pedulik kan? Ikut suka ati aku laaaaa... hehehe ;)
2 comments:
hahahahhaha
terkenang kisah lama di atas bukit menghadap pulau pinang
huhu
tempat yg banyak menyimpan kisah suka duka, senyum tangis kita.. syahdunya bila terkenang semasa dulu, andak.. huhu
Post a Comment