Monday, May 3, 2010

Tinggal Tanda Tanya..

Tercari-cari.. ternanti-nanti.. tertanya-tanya.. terpinga-pinga.. ke mana menghilangnya dia? Sahabat yang aku temui lewat Program Sandaran lebih sepurnama yang lalu. Meski tak pernah bersua di alam nyata, sekadar berbicara tanpa suara di ruang maya yg bisu dan kaku.. kehadirannya berjaya mengisi diari hidupku. Keprihatinannya dan nasihat2 yg diberi memang membekas di hati. Justeru, bila jejaknya seolah-olah lenyap dihembus semilir senja bersama arus masa yang begitu pantas berlari, duniaku terasa kontang dan sepi. Tiada lagi sapaan di pagi hari, kata2 perangsang penuh berapi, nasihat2 pembakar semangat diri dan jenaka lucu mencuit hati.. Apapun, jalinan persahabatan ikhlas ini amat aku hargai. Semoga di bumi manapun sahabatku berpijak, di bawah langit manapun dia bernaung, kesejahteraan dan kejayaan sentiasa mengiringi setiap derap langkahnya dan kebahagiaan sentiasa di sisinya sampai bila-bila... Amin...

8 comments:

Hakimi Md Nor said...

Sahabatku, Izan. Usahlah tercari2 kerana sahabatmu ini masih ada cuma kesibukan rutin harian yg membataskan perbualan kita(kiranya akulah yg dimaksudkan..) Salam rindu dari anakku, Darlina utkmu.

Zahizan Hasrin said...

Hakimi... malang sekali bukan ko yg aku maksudkan kat sini. Tp mmg betul dah lama benar ko menghilang. Jgn risau, kau tetap sahabat terbaik pernah aku temui selepas arwah Rina - ibu Darlina. Mesti dia dah besar dan cantik mcm mamanya... salam sayang utk Darlina, k. Take care!

sarina said...

Siapakah orang itu?...

Zahizan Hasrin said...

Sarina.. biarlah tinggal tanda tanya ;)

Kengkawan said...

Harus kita buat jejak kasih izan..
Cop nak jadi presiden!!!

Zahizan Hasrin said...

Andak bukan ke memang dah dilantik sebulat suara sbg presiden kita yg paling efisien & berkarisma? Yg penting misi terlaksana. Ingat andak.. JEJAK KASIH bukan JEJAK KEKASIH tau.. ;P

Hakimi Md Nor said...

Kalau bukan aku,sape 'sahabat'kau tu,zan? Kau masih tak berubah,masih suka berahsia,walaupun terluka semua kau pendam sorg2.Izan,izan..sampai bila?

Zahizan Hasrin said...

Sampai bila2 kot, Kimi... hehehe
:)