Sebaik senja melabuhkan tirai, tabir malam pun mula tersingkap. Sang unggas berterbangan pulang ke sarang sambil melagukan melodi riang. Tiada lagi sinar suria dan pelangi indah pun mula menyembunyikan wajah. Mentari mula tergelincir dari singgahsananya yang agung dan panorama alam turut bertukar warna. Rona jingga kirmizi senja kian melatari alam yang mula berubah rupa. Keindahan pemandangan waktu senjakala di saat berlakunya pertukaran masa tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terpempan aku tatkala menyaksikan potret alam, 'buah tangan' sahabatku Dr. Ismail Talib petang ni.. Terkenang aku saat menyaksikan indahnya mentari mengundurkan diri dan membenamkan wajahnya di balik gumpalan awan ketika senjakala mula berlabuh tenang. Lambaian mentari yang merengkuh duka menyebakkan hati sang nelayan nestapa yang pulang dari lautan. Rembulan muncul sayup-sayup di dada langit menemani sang pungguk yang setia mendendangkan irama kerinduan yang tak bertepi. Alangkah syahdu, alangkah damainya saat itu... membuatkan hati meruntun kesedihan dan digigit kepiluan. Isk.. kenapa sebak benar rasa hati aku ni...? Hmmm... dah datang dah jiwang tahap gaban aku ni... Nak buat camane yea? ;)
8 comments:
hehe..sebuah garapan dari 2 lensa berbeza..ada yg guna dslr dan ada yg guna ixus..thanx again coz u made my pics worth millions of stories..
Terima kasih kembali atas keizinan menyiarkan gambar2 yg sangat menawan hati dan penuh inspirasi ni..tqvm dr!
Cantik gambar-gambar yg terpapar. Agak lama juga saya tak mengikuti perkembangan tulisan saudari..
Hamzah Fansuri
Tapiping, Perak
Jiwang tahap gaban? :P
Sdra Hamzah, terima kasih bagi pihak jurugambar - Dr Ismail. Juga terima kasih atas kesudian menjengah2 blog ini.
Intan, :)Ha'ah, tahap gaban.. sket je lagi nak jadi power rangers hehehe...
Izan, nape lately bunyik sedihhhh je entry blog HSP ni?Melankolik la.Cheer up,dear!
Hidup ni ada naik turun & pasang surutnya betul tak Kimi... ada kalanya gembira, ada masanya pulak kesedihan yg menemani. Terima kasih kerana dpt menyelami 'perasaan' aku. Anyway, thanks my fren.. Aku dah ok dah skg... ;)
Post a Comment