Ketika aku menulis entri blog ni, kepala aku sakit berdenyut2 bukan kepalang. Aku cuba meredakan kesakitan dengan membaca nota kuliah sbg persediaan kelas esok tapi fokus ku entah ke mana. Panadol dahpun aku telan tapi tak menunjukkan sebarang hasil.. masih sama, masih sakit dan masih berdenyut2. Kalau ada Juspine mesti dia akan bantu aku - rindunya aku pada Phine hanya Allah je yg tahu. Biasalah.. aku ni memang manja sikit kalau time2 sakit macam ni... hehe... Aku sendiri maklum yg sakit kepala ni bukanlah sebab aku 'study maut' atau sebab dok ralit baca buku sampai tak kelip2 mata. Ni semua sebab semalam aku tak dapat melelapkan langsung mata ni sampai ke pagi tadi. Sudahnya, aku bangun, mandi dan tunggu azan subuh berkumandang sebelum meneruskan perjalanan ke IPK untuk kuliah. Nasib baik jugak la bengkak mata aku ni dah surut dan tak ketara sangat. Kalau tidak, mesti malu nak masuk kelas tadi.
Ketika itulah aku cuba mencari insan2 yg sudi berkongsi kepiluan yg aku rasakan. Rasa macam nak call emak tapi aku dah janji pada diri sendiri - aku kena jadik orang yg paling 'kuat' utk emak... Kalau emak tau keadaan aku kat sini, mesti emak risau dan sedih. Aku tak nak emak risaukan aku sebab aku dah yakinkan emak, aku anak yg kuat dan tabah mendepani apa jua rintangan dan cabaran. Lantas aku cuba kongsikan kesedihan hati dengan seorang sahabat yg sememangnya sangat memahami. Pernah mengalami kisah sedih kehilangan insan2 yg dikasihi, nasihat yg dilontarkan sememangnya menusuk kalbu dan memberikan kekuatan kepadaku. Aku tidak berniat memancing simpati jauh sekali minta dikasihani, namun kepiluan yg mendiami hati memang tak tertanggung lagi. Alhamdulillah, bicara tanpa suara tu dapat mengurangkan kesedihan yang aku rasakan dan untuk itu aku amat berterima kasih dan sangat2 menghargainya. Aku berdoa semoga Allah swt terus mengurniakan beliau sekeluarga kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang melayari kehidupan. Amin.... Terima kasih setulus hati daripada saya di kejauhan ini...

3 comments:
salam kak, saya dapat rasakan kerinduan akak pada arwah ayah akak..walaupun tanpa suara namun hanya dengan tulisan sahaja bergenang rasa air mata...walau apapun saya tau akak orang yg kuat semangat seperti yg saya kenal. kuatkan semangat dan saya doakan akak sentiasa beroleh kemudahan dalam segala urusan..
salam ina, amin.terima kasih atas doa ina buat akak... memang adakalanya kerinduan tu sangat menghimpit perasaan dan kenangan2 dengan abah selalu bermain2 di ruang mata k izan. insyaAllah, dgn doa keluarga, kengkawan & mereka yg sygkan k izan, akak akan terus tabahkan hati & kentalkan semangat.
p/s : sabtu lepas akak ke kulai (SMA), lalu dekat rumah kita kat tmn kulai utama dulu,rindu + syahdu...
izan, jgn sedih2 lagi.doakan kesejahteraannya di sana.i faham apa yg u rasakan but life must go on.if u need anything or someone to talk to, i will always be there.that what friends are for, right?
Post a Comment