Minggu ni minggu yang agak memenatkan - satu perkara yang sangat aku sukai... Aktiviti yang padat dan assignment yg berbaris menunggu giliran utk di'setel'kan membuatkan tumpuan ku terfokus hanya kepada pelajaran. Setidak2nya sedikit sebanyak aku dapat melupakan kesedihan yang kerap benar bertapak di hati akhir2 ini. Sebagaimana yg aku janjikan kepada diriku sendiri, aku ingin berjaya dengan cemerlang agar dapat ku hadiahkan kejayaan ku kelak kepada keluarga dan mereka yg tak pernah jemu mendoakan dan menjadi tonggak kekuatanku selama ini. Apa yg dah aku lalui minggu ni?
Isnin (19 Julai 2001) :
Aku menghadiri kuliah di IPK seperti biasa - cuba menceriakan diri sebaiknya agar tidak terus tenggelam dalam emosi yg baru saja pulih. Mesej ringkas yg diterima dari sahabat maya yg mendoakan keceriaan kami pagi itu menjadi azimat memberi kekuatan. Sebaik memakirkan kereta, aku menerima panggilan telefon daripada Kak Aida menyampaikan berita sedih tentang pulangnya ayahanda tercintanya ke rahmatullah. Aku menumpang rasa dukacita Kak Aida yang baru saja tiba di bumi IPK namun terus bergegas pulang ke Kuala Selangor sebaik menerima berita tersebut daripada kekandanya. Semoga allahyarham pakcik Ibrahim bin Ali ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Al-Fatihah...
Selasa (20 Julai 2010) :
Ujian lisan dan penulisan Bahasa Inggeris untuk kelas English Proficiency dijalankan pada jam 5 hingga 8 malam. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diuji oleh seorang penyelia yang merupakan 'pensyarah import' daripada Jabatan Bahasa Inggeris IPGM. Menariknya, sesi tersebut diketuai oleh Mr Aslam Khan yg juga mentorku semasa aku mengikuti program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) TESL di MPIK pada tahun 2002 dulu. Sesungguhnya aku amat terharu kerana Mr Aslam masih mengingatiku sebagai ex-student beliau walaupun hampir 8 tahun telah berlalu... Thank you, sir!
Rabu (21 Julai 2010) :
Kuliah Prof Dato' Dr Hussein sememangnya aku tunggu2. Seperti minggu sudah, kuliah Prof Dato' memang superb! Memandangkan sesi soft skills Kelas A ditangguhkan, kumpulan kami (aku, Kak Aida & Kak Rose) berhempas pulas menyiapkan presentation untuk kelas Dr Zuraidah. Memang tension apatah lagi buku yg menjadi 'kitab' rujukan kami baru je kami peroleh sehari sebelumnya. Nak kena khatamkan seluruh buku (akademik lak tu!!) bukannya mudah. Hasilnya, kami bertiga tak tido malam tu sebab nak menyediakan presentation terbaik utk dijadikan benchmark kepada group yg seterusnya. Maklumlah.. first presenter! Walaupun status kat Skype aku tukar kepada mode busy (do not disturb), masih ada rakan2 yg prihatin cuba mengurangkan tension dgn bertanyakan khabar & buat lawak yg menyebabkan mata aku segar bugar sampai jam 6 pagi. Tq frenz! Hehe...
Khamis (22 Julai 2010) :
Alhamdulillah... Pembentangan kumpulan kami berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Lapang betul rasa hati ni sebaik semuanya berakhir. Seronok juga mendapat maklum balas positif daripada rakan2 yg memberikan tumpuan yang sepenuhnya sepanjang 3 jam pembentangan dijalankan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dr Zuraidah amat berpuas hati dengan pembentangan kumpulan kami. Meskipun Kak Aida masih bersedih, beliau berjaya menyampaikan hujah dengan sangat baik. Bagi kengkawan yang ketinggalan utk mendapatkan slide pembentangan tu, jgn lupa utk on Skype masing2 ok? =)

Jumaat (23 Julai 2010) :
Bermula dengan agak hambar, kuliah Prof Madya Dr Tie Fatt Hee penuh dengan informasi yang diperlukan untuk kami menjalankan kajian. Kami diberikan 3 assignments mencakupi satu tugasan individu dan 2 tugasan berpasangan. Aku akan berpasangan dengan Amiluddin untuk tujuan tersebut memandangkan geng2 dari Johor semuanya dah ada pasangan masing2. Nampaknya aku akan ke Terengganu untuk tujuan mendapatkan data dan temubual bagi kajian kami nanti... Nanananana... Ganu kite!
2 comments:
Izan,never let life's hardships disturb you.No one can avoid problems.be courageous & be strong!
Tqvm Hakimi, i will. InsyaAllah..
Post a Comment