Friday, July 16, 2010

MC Bidan Terjun

Hari ni aku keluar awal ke IPK. Kenderaan masih belum rancak bertali arus di jalan raya so dapatlah aku memandu dengan tenang. Sebelum jam 8 pagi kami dah tiba di perkarangan kampus kota menunggu pintu kelas dibuka. Di IPK, kuliah kami bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 ptg setiap hari. Sebaik pintu kelas dibuka, kami mengambil tempat masing2. Aku membuka laptop dan alangkah leganya kerana wifi telah dapat berfungsi setelah proses instalasi dilakukan oleh pegawai Pusat Teknologi Maklumat UM lewat petang Khamis lalu. Disapa rakan maya di laman Skype setelah sekian lama menyepi diri memang amat menggembirakan. Kelas Kaedah Penyelidikan & Statistik bermula jam 9.10 pagi oleh Prof. Madya Dr Tie Fatt Hee, Timbalan Pengarah IPK sehingga jam 12.10 tgh.

Sebaik kelas berakhir, aku diminta oleh Puan Norbani Baba untuk bertugas selaku juruacara (emcee/MC) bagi sesi Seminar Siswazah yang bakal dijalankan pada jam 3 ptg menggantikan Cikgu Moktar. Mulanya aku agak keberatan namun setelah diyakinkan oleh Puan Norbani bahawa pengacaraan hanya perlu dilakukan secara simple dan santai, aku bersetuju untuk membantu. Apatah lagi ia merupakan acara anjuran pelajar Sarjana Kepengetuaan IPK dan sudah pasti aku adalah seorang ahlinya. Memandangkan penganjur memerlukan MC berbahasa Inggeris, awal2 lagi Kak Rose dah surrender. Ada tak de terpaksa la aku buat larian solo - memikul tanggungjawab mengacara secara berseorangan tanpa partner. Sedang aku berhempas-pulas menyediakan teks pengacaraan, tetiba Kak Suhana dtg dan memaklumkan bahawa Dr Suria Baba meminta aku menemui beliau segera. Urgent katanya... Tak cukup tanah aku melangkah ke Pejabat IPK mencari pensyarah tersebut. Sebaik bertemu, Dr Suria meminta aku menyediakan teks lengkap yg aku sediakan sebagai MC dan menyertakan 7 helai biodata penceramah utk aku ringkaskan dan masukkan sebagai penerangan latar belakang penceramah dlm seminar tersebut. Ketika tulah aku rasa macam seluruh bangunan IPK jatuh menghempap kepala... Apa tidaknya, masa semakin suntuk dan teks yg aku sediakan semenjak awal memang sempoi abih! Tambah menarik, penceramah jemputan kali ni bukan calang2 orang - Prof Dr Maria D. Vacquez Conolia dari Florida Atlantic University, Boca Ra ton, Florida. Aduhai... macam nak tercabut jantung aku masa tu jugak! Walaupun perut berkicau minta diisi, aku terpaksa korbankan masa rehatku untuk merombak semula skrip terbabit. Syukur aku berjaya menyiapkan teks yg diminta tepat pada masanya dan mengadakan rehearsal ringkas di pejabat IPK. Nasib baik skrip yg aku sediakan diterima walaupun beberapa bahagian terpaksa 'dipancung'.

Alhamdulillah... seminar berjalan lancar dan aku bersyukur menerima pujian YBhg Prof Datin Dr Rahimah Hj Ahmad, Dr Sathiamoorthy dan Dr Suria Baba atas kejayaan mengacarakan seminar dengan baik walaupun dalam keadaan yg sangat tertekan tadi. Yg diorg tak tau aku dah rasa cam nak demam je mengawal gemuruh di dada... manalah tau kalau2 aku buat silap tadi... Eeeee... ngeri betul! Rasanya kalau boleh lepas ni aku nak pencen daripada jadik MC lah! Kalau selalu kena jadik bidan terjun camni, harus aku pulak yg 'terjun' bangunan kang (terjun bungee tak pe la gak!) Tak ke naya? Hehehehe...

2 comments:

Kengkawan said...

hahhahaha...

a job well done!!

Zahizan Hasrin said...

andak,
fuh! legaaaa seksa dah abis... hehe