Minggu ni merupakan minggu pertama bagi sesi kuliah semester pertama ku di IPK. Kuliah bermula pada 12 Julai 2010 dan akan berlangsung selama 14 minggu sebelum kami beralih ke semester berikutnya. Bermula Isnin yg lalu, aku memulakan perjalanan ke IPK dengan azam dan semangat membara bersama Sujirah. Meredah kesesakan lalu lintas dari Kolej Tun Syed Zahiruddin, UM menuju ke IPK, Kampus Kota menjadi rutin yg tak dapat kami elakkan. Suka tak suka, best tak best.. terpaksa la kami redah juga. Nasib baik 'lagu merapu' Saleh Yaakob menjadi peneman setia yg menghiburkan kami setiap kali menempuh barisan kenderaan yang panjang tu. Boleh gak la me'rileks'kan minda sementara nak sampai ke destinasi yang dituju... Berikut adalah coretan peristiwa2 yg aku lalui pada minggu ni :
Isnin (12 Julai 2010) :
- Kuliah pertama disampaikan oleh Dr. Sathiamoorthy sangat menarik. Beliau mempunyai pemikiran visual yg sangat tajam dan dapat mengingat nama kami semua (29 org) dengan pantas. Kaedah penyampaian kuliah yang sangat tersusun membuatkan semua pelajar 'terlekat' di kerusi masing2 hingga jam 12 tgh.
Selasa (13 Julai 2010) :
- Sesi kuliah bagi hari kedua agak memeningkan. Bukan apa.. memandangkan Dr Sailesh Sharma merupakan pensyarah jemputan dari negara India, lenggok sebutan Bahasa Inggerisnya agak berbeza dengan 'accent' yg agak sukar utk 'ditangkap' oleh pemikiran kami. Kalau translator pun pening, pelajar2 lain terus migrain agaknya hehe.. Yg melucukan, waktu rehat semasa kuliah beliau tak menentu (ikut suka hati je) menyebabkan kami semua terpinga2 dan tertanya2.. eh, dah abis kelas ke? Ish, ish... macam2 hal!
Rabu (14 Julai 2010) :
- Pendekatan YBhg Prof. Dato' Dr. Hussein Hj. Ahmad mengendalikan kuliah sangat berbeza. Keterampilan beliau sebagai tokoh ilmuan negara amat terserlah apabila membicarakan tentang peranan HR dlm bidang pengurusan pendidikan secara profesional. Rasa 'sayang' mata ni nak berkelip bila mendengarkan kuliah beliau yg penuh bertenaga. Hmm... tak sabar utk tunggu sesi kuliah berikutnya!
- Mesyuarat pelajar IPK diadakan di Bilik Seminar 2 bersama2 Dr Zuraidah & Dr Hailan utk menyelaraskan aktiviti pelajar Sarjana Kepengetuaan sesi ini. Tetiba je aku dilantik selaku Penyelaras bagi Program English Proficiency yg diadakan setiap Isnin & Selasa jam 2 hingga 5 ptg. Mentang2lah aku cikgu BI... tulah... sape suruh cakap banyak dalam kelas tadi! Hehehe...
- Slot Presentation Skills oleh Tn Hj Zaki Ahmad Shariff, tokoh korporat yg juga Pengerusi UEM yg merupakan pemilik dan CEO Syarikat Bursa Saham terkemuka di Malaysia juga ternyata memberikan impak serta dimensi baru dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan. Kagum mendengar bagaimana anak kelahiran Kulim, Kedah ini memulakan perjalanan karier beliau sehingga akhirnya berjaya mengukir nama sebagai antara tokoh korporat yg disegani. Tabik tuan!
Khamis (15 Julai) :
- Pendekatan Dr Zuraidah Abdullah yg merupakan mantan peserta NPQEL dan Sarjana Kepengetuaan IPK menyuntik semangat utk aku berjuang dan buat sebaik mungkin dalam pengajian kali ni. Kami dahpun menerima assignment daripada Dr Zuraidah yg meminta kami menulis refleksi bagi setiap sesi kuliah yg dijalankan setiap minggu. Selain tu, presentation akan bermula minggu depan dan yg menariknya, group aku akan membuka tirai sebagai pembentang pertama (first presenter) bagi tajuk Teori Organisasi dan Kepimpinan. Sambil2 aku menaip entri blog ni, sempat lagi aku mencari bahan yg penting utk diskusi bersama Kak Rose & Kak Aida esok. Apa agaknya yang nak di'goreng' minggu depan yea? Jangan rentung @ hangus je sudahlah... ;P
- Sedang rancak kuliah dijalankan, tetiba sahabat baikku Zuhardi dari kumpulan B masuk ke kelas kami di Bilik Seminar 1 memaklumkan kpd Dr Zuraidah (penyelaras prog kami) beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya yg memerlukan beliau terpaksa bergegas pulang ke Kuching memandangkan ibunya sakit dan dimasukkan ke Wad ICU. Sebaik kelas berakhir, aku dihubungi oleh Zuhardi menyatakan ibunya telah kembali ke rahmatullah ketika beliau masih di LCCT menantikan penerbangan pulang ke Sarawak. Aku merasa amat dukacita dan sedih atas berita itu dan aku amat faham akan situasi yg Zuhardi lalui.. Sebagai sahabat, aku mendoakan agar ibu Zuhardi dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman dan Adi tabah menerima ujian Allah ni. Al-Fatihah...
- Mesyuarat Pengurusan pelajar Sarjana Kepengetuaan diadakan pada jam 2 ptg di Bilik Seminar 2 memutuskan bahawa kami akan mengadakan lawatan bench-marking ke New Delhi, India pada akhir September 2010 ni. Bagi lawatan dalam negara, kami dijangka akan ke Parlimen, EPRD, Pusat Perkembangan Kurikulum, Mahkamah Persekutuan dan beberapa lokasi sekitar ibu kota untuk memantapkan pengetahuan kepemimpinan dan pengurusan sekolah. Selain itu, beberapa aktiviti lain turut dirangka sebagai pengisian takwim sepanjang 10 bulan kami di sini.
Esok tak tau lagi apa yg menanti... Memandangkan malam ni signal Wi-Fi agak baik di samping kesempatan yg ada, aku coretkan dulu apa yg dah dilalui selama 4 hari menjadi pelajar IPK UM ni... Keterbatasan waktu yg seolah2 cemburu dgn masa senggang yg ada membuatkan jadual sentiasa padat dengan pelbagai pengisian. Nak jeling2 Skype pun x sempat dah rasanya... rindu rasanya nak bersembang di laman maya dengan kengkawan namun masih tak berkesempatan. Sempat tak sempat, malam2 camni aku usahakan jugak menjengah2 laman Facebook utk membaca mesej2 dan sapaan kengkawan & anak2 didik yg masih sudi mengingati aku di sini... Buat teman2 yg setia menemani dan melontar kata2 semangat utk aku belajar bersungguh2, hanya ucapan terima kasih yg mampu aku ucapkan. Insya-Allah aku akan berusaha sehabis baik demi menggapai kejayaan yg diimpikan. Terima kasih & I love u all! Mmmuuuaaahhh!!! :)
2 comments:
penuh betul jadual belajar akak...beljr rajin2 yer kak..semoga berjaya !
terima kasih anak ain... mmg padat jadual kat sini. setiap hari kelas start dari kul 9 pg smp 5 ptg. malam sibuk ngan assignment pulak... apa pun tu la keindahan zaman belajar, kan? thanks atas doa tu. insyaAllah akak akan belajar bsungguh2 & buat yg terbaik kali ni... amin.
Post a Comment