Kenapa tajuk entri aku camtu? Entahlah... Tak de sebab musabab yang spesifik pun, cuma aku agak teruja mendengar istilah baru ni dalam kelas Stress Management petang tadi. Kelas pengurusan stress yang riuh rendah... penuh gelak ketawa pelajar yg tak terkawal dan hampir mengakibatkan tuan moderator pulak hampir stress.. Gelagat kaunselor diraja (Suhaidy) yang saling 'kena-mengena' dengan Zaharul yang bersahaja amat mencuit hati & menggamatkan suasana petang yang pada awalnya suram dan hambar. Karenah selamba kengkawan memecahkan kesunyian dan menghilangkan stress yang pada awalnya wujud dek provokasi tuan moderator yang agak menyenakkan perasaan (maaf tuan..) Sepanjang sesi tadi, aku amat tertarik dengan isu 'distress' dan 'eustress' yang aku rasakan sangat2 hampir dengan apa yg pernah aku lalui. Walau apa jua mehnah yg aku depani, aku percaya bahawa segala yg tersurat dan tersirat mempunyai hikmah tersembunyi. Kecederaan hati pun dah kian menghilang walau parutnya masih gagal aku sembunyikan.. Itulah yang tinggal sebagai kenangan yang akan aku sematkan jauh di sudut hati sampai ke akhir hayatku nanti. Setiap orang pastinya mempunyai cerita hidup masing2... dan aku? Biarlah segalanya menjadi hak ekslusif ku sendiri kerana itu je la yang aku ada sebagai memori dalam hidup ini. Yang dah berlaku biarlah menghilang, yang penting perjalanan hidup utk hari2 mendatang.. Teori Here & Now yang dipelajari ketika di IAB akan ku aplikasikan seoptimum mungkin. Teringat pulak kata2 sorg sahabat maya yang aku pinjam sebagai motivasi utk terus menabahkan hati - "Nothing to worry... always keep happy". Senyum2 & ceria2 lah selalu... :)
No comments:
Post a Comment