Saturday, March 12, 2011

Cucur Peneram Jln TAR




Malam ni cuaca cerah dan nyaman... Perut yang lapar semenjak tengahari tadi dah mula mengaum2 mintak diisi. Sengaja aku biarkan semata-mata sebab nak ke pasar malam lepas maghrib nanti. Sejuk cuaca malam dek kerana hujan renyai petang tadi, menemani santai langkah kami ke pasar malam yg terkenal di hutan batu KL yang tak pernah tidur. Pasar malam Jalan TAR sentiasa meriah.. dengan ramainya manusia bersesak2 (termasuk la kami! hehe..), gerai2 yg banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan makanan beraneka kaler dan rasa, memang menarik.. Perut mula berkeroncong mintak diisi. Dalam kemeriahan pasar malam tu, aku amat teruja dan tertarik dengan satu kedai menjual kuih peneram. Panas dan rangup ~ cucur peneram dari Yan, Kedah tu memang sedap! Tak percaya? Cuba laaaa~ :D

2 comments:

Kengkawan said...

teringat doulu2 slalu beli kat pasar malam tmn sardon lepas balik kuliah.

meletop!

Zahizan Hasrin said...

fuhhhh!! memang meletop la andak! rasanya dia yg rangup tu mmmmm.... sedapnyaaa!!