Monday, March 14, 2011

Salam Nusantara


Hari ni aku keluar agak lewat dari kebiasaan memandangkan aku tak perlu menempuh trafik yang sesak di sepanjang jalan menuju ke IPK. Pagi ni aku menuju ke Kolej Ungku Aziz ~ Kolej Kediaman Ke11 Universiti Malaya kerana menyambut kedatangan delegasi dari Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Gorontalo, Indonesia untuk Program Inbound 2011. Bertugas selaku juruacara bagi Majlis Perasmian Program Inbound, aku melangkah tenang di perkarangan Bilik Mesyuarat Kolej. Ketibaan delegasi dari pusat pengajian tinggi dari Sulawesi Indonesia itu kami sambut mesra dan kami alu2kan dengan tangan terbuka. Sepanjang tempoh berada di Malaysia, pelbagai acara telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa program bagi memenuhi rantaian aturcara bagi meraikan tetamu dari seberang. 27 orang mahasiswa yang diketuai oleh Profesor H. Ansar dan Drs. H. Haris Mahmud ditempatkan di Kolej Kediaman Ke11 mulai 13 Mac hingga 26 Mac 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Profesor Dr Marohaini Yusof, Pengarah IPK. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang direncanakan walaupun 'berasap' jugaklah telinga menahan kesabaran serta menadah bicara sinis dan sindiran penyelaras program yang asyik tak berpuas hati dengan itu dan ini.. Aduhai.. Apapun, salam pertemuan, selamat datang dan ahlan wasahlan diucapkan kepada rakan2 mahasiswa dari UNG ke Malaysia. Mudah2an program ini mengangkat kecemerlangan pendidikan kedua-dua negara ~ Malaysia & Indonesia. InsyaAllah... :)

No comments: