Thursday, March 24, 2011

Malam Suara Serumpun


Hebat & seronok! Dua perkataan itu sebenarnya sudah cukup menggambarkan betapa bestnya program Majlis Makan Malam Suara Serumpun UM~UNG yang berlangsung penuh meriah pada 23 Mac 2011 semalam. Bertugas selaku pengacara majlis bersama pasangan pengacara yang sangat komited dan kreatif ~ Encik Mohd Yusop Md Zain, tugas kami menjadi semakin mudah dan lancar dengan adanya komitmen padu daripada krew di bawah penyeliaan En Zaharul Ariffin Md Zin. Majlis makan malam ini dihadiri oleh YBhg Prof Dato' Jamil Maah (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UM), Prof Hamzah Abd Rahman (TNC Penyelidikan & Inovasi UM), Prof Welly Pangayow (Ketua Delegasi Universitas Negeri Gorontalo, Sulawesi, Indonesia), Prof Marohaini Yusof (Pengarah Institut Kepimpinan Pendidikan UM), para pensyarah, mahasiswa UNG & IKP serta staff2 IKP. Majlis bermula agak formal dengan ucapan YgBhg Prof Dato' TNC disusuli makan malam dengan juadah enak dengan beraneka menu di atas meja. Sebagaimana lazimnya, MC tengok ajelah dari jauh kengkawan beratur dan makan kerana tuntutan tugas yang masih belum selesai. Nak buat camane.. dah tugas beb! Dalam sibuk2 mengurus acara tu, masih sempat lagi aku menikmati segelas minuman 'punch' yang sangat menyegarkan.. Yang mengharukan, tetiba sahabatku Nazri datang menghulurkan sepiring buah2an. Thanks Naz! Terharu rasa bila diri diingati oleh rakan2.. Membuka tirai acara persembahan, kumpulan mahasiswa dari UNG hebat mempersembahkan paket seni dengan gemalai tari sarunde dan nyanyian yang memaku perhatian audiens di Dewan Banquet, IKP itu. Ternyata rakan2 dari seberang memiliki bakat nyanyian yang hebat dengan lontaran vokal yang amat lunak didengar. Aku dapati sahabat2 UNG memang patriotik sekali. Dari alunan lagu2 yang diperdengarkan, jelas sekali kekentalan semangat nasional mereka kepada tanahair meskipun mereka berada beribu batu jaraknya dari bumi Indonesia.


Paling ditunggu2 pastinya persembahan dari kumpulan mahasiswa IKP bertemakan 'Pesan Anak Laut' di bawah pimpinan Zaharul. Bangga menyaksikan kemerduan lenggok suara Zaharul mengalunkan nazam, deklamasi puisi penuh tenaga oleh Munshi IKP ~ Encik Ahmad Kamal dan lontaran vokal Lee (macam penyanyi profesional!), Cikgu Mazlan & Jack. Paling mengasyikkan sudah pasti persembahan Ckg Ashri Dris yang mendendangkan lagu "Burung Kenek Kenek" dengan paluan kompang yang bersahaja namun berjaya mencuri perhatian hadirin pada malam itu. Terima kasih kepada Ckg Ashri kerana 'menujukan' satu rangkap lirik Burung Kenek2 yang terakhir kepadaku... hehehe.. Debaran menyelesaikan assignment mengacarakan majlis tersebut hilang lenyap tak berjejak seusai majlis malam itu. Genggaman erat tangan Prof Marohaini, Pengarah IKP disertai ucapan tahniah beliau dan Yg Bhg Prof Dato' TNC secara peribadi di atas kejayaan mengacarakan majlis malam itu sangat mengharukan aku dan cikgu Usop. Alhamdulillah.. tugas yang kami galas nampaknya berjaya dijalankan dengan jayanya. Semuanya hasil usaha dan tungkus lumus krew yang berjaya merealisasikan Malam Suara Serumpun sebagai pengalaman manis yang akan dikenang sebaik kaki melangkah meninggalkan IKP menjelang Julai nanti. Buat rakan2 dari UNG, sampai ketemu lagi. Mudah2an kalian sukses dan selamat sampai di bumi Indonesia untuk berkongsi pengalaman di Malaysia dengan sahabat2 di sana. Syabas kepada semua.. dan jumpa lagi!!

No comments: