Wednesday, March 9, 2011

Lelaki Ini...


Sepanjang hayatku ini, ramai lelaki singgah dan bertakhta di dalam hati ini. Lelaki2 inilah yang mewarnai kehidupan suka dukaku.. Menyinari suram hari2 yang aku lalui.. dan kerana mereka jugalah aku ada kekuatan untuk meniti kehidupan yang penuh ranjau duri ni..


Abah ~ Allahyarham Haji Hasrin bin Anas
Abah seorang yang berdisiplin. Sebagai seorang bekas tentera abah memang amat mementingkan disiplin diri terutamanya masa. Bagi abah, masa tu sama dengan janji. Orang yang tak mematuhi masa samalah dengan orang yang tak mematuhi janji. Biar kita menunggu sebab kita lebih awal daripada org lain, jangan biar orang menunggu kita sebab kecuaian mematuhi masa, nanti kita menyusahkan orang lain. Itu kata abah... Aku ingat dan aku pegang sampai bila2. Namun, dalam perjalanan meniti hidup ini, satu per satu ujian aku hadapi. Kehilangan orang2 tersayang sangat memberi kesan yang mendalam dalam seluruh kehidupanku. Kerinduan kepada mereka yang telah 'pergi' merupakan kerinduan yang tidak bertepi.. Pulangnya abah ke rahmatullah pada 26 Jun 2010 lalu menyebabkan aku hilang sahabat dan teman terbaik tempat aku bercerita dan mencurah rahsia. Adakalanya, bila aku terasa excited pasal sesuatu, secara tak sengaja aku terdail no henpon abah. Tapi sebaik je aku sedar yg abah dah takde.. aku terdiam sendiri. Baru aku sedar.. oh, abah dah takde lagi rupanya... Terasa sunyi dan suram hidup ini tanpa abah... Alfatihah..


Adik Kembar 1 ~ Azhar bin Hasrin
Aa seorang yang sangat aktif, ceria & manja.. Ceritalah bab bisnes dan duit dengan Aa, laju je sembang dia. Pengurus bank di Kulaijaya ni memang suka bab2 berkaitan dgn RM ni.. Money talk katanya. Aa seorang yang aktif dan tak tau dok diam.. Takraw, futsal, sofbal memang fevret dia la tu. Selalunya ke mana2 pun, Aa selalu bersama2 Mie. Maklumlah kembar.. Ke sana ke mari mereka berdua. Minat muzik, suara Aa memang merdu. Tiupan serulingnya selalu mengasyikkan.. Macam abah, Aa very open minded. Citer la apa je dgn dia.. dia layannnn aje. Dialah orangnya yang banyak membantu aku menguruskan banyak perkara, bahkan dia jugaklah jurucakap bagi pihak keluarga kami masa majlis pertunanganku tempohari. Aa tabah orangnya.. hatinya kental. Masa pemergian abah tempohari, Aa sangat tenang. Begitu juga apabila kembarnya, Mie meninggalkan kami buat selama2nya. Sebak rasa hati aku menyaksikan detik akhir Aa menyentuh jasad Mie ~ menyambut jenazah Mie untuk dimasukkan ke liang lahad semasa pengebumian adikku itu. Kakak tau, Aa sembunyikan kedukaan demi kami semua.. Kakak sayang Aa..


Adik Kembar 2 ~ Allahyarham Hilmy bin Hasrin
Seperti Aa, Mie seorang yang aktif dan manja. Dia kelakar dan suka berjenaka. Mie pun sukakan muzik. Drum dan gitar adalah instrumen muzik yang sangat dia suka. Ramai orang kata, adikku Hilmy sangat mirip kepada abah. Tingkahnya, gayanya.. sangat menyamai arwah ketua keluarga kami tu. Tak sangka.. lepas abah pergi, Mie pulak menyusul abah di alam baqa' dalam usia yang masih muda. Pemergiannya pun hampir sama dengan abah.. Kakak rinduuuu Mie. Alfatihah~

Adik Bongsu ~ Aiman bin Hasrin
Eman mempunyai ciri yang hampir sama dengan abang2nya. Muzik dan sukan memang kegilaan mereka bertiga. Jarak usia 13 tahun dengan kembar menyebabkan Eman menjadi kemanjaan keluarga. Sedang menantikan keputusan SPM yang bakal tiba tak lama lagi, Eman dok kat rumah menjaga emak (ke emak yg jaga Eman, aku pun tak tau.. hehe) Walaupun jarak usia kami agak jauh, Eman selalu menjadi 'telinga' mendengar masalahku dan menjadi harapanku untuk menjaga emak. Terima kasih, Eman.. Jaga emak baik2 tau.. Kakak sayang Adik Don!

Cindu ~ Shamsul Kamal bin Jamaludin
Dialah orangnya yang berjaya mengetuk pintu hatiku yang selama ini terkunci rapi buat insan bergelar lelaki.. Insan yang aku harapkan dapat berkongsi susah senang, suka duka, tangis & ketawa dan setia di sampingku hingga ke akhir usia.. Kehadiran abang dalam hidupku melakar warna2 ceria dan bahagia.. Salam kasih berpanjangan buatmu.. InsyaAllah, 50 hari lagi kita bersatu.. Cindu!!

No comments: