Sebak, sedih, terkejut, tergamam.. bercampur baur dalam benak ini sebaik aku menerima berita yang mengejutkan itu. Jam menunjukkan angka 6.15 pagi apabila aku terima panggilan yang meranapkan ketenangan dinihari Selasa, 2 Mac 2011 itu. Esak tangis kakak ku Subuh itu takkan aku kupakan sampai bila2. Berita tentang adik kesayanganku Mie yang 'pengsan' membuat aku terperanjat lantas bingkas mengadap Ilahi dan bergegas pulang ke JB. Aku cuba menghubungi kembar Mie, Aa namun tak berjaya lantas aku hubungi Abg Sham meminta bantuannya. Dlm perjalanan, aku menerima berita itu daripada Aa~ berita sedih tentang kehilangan adik yang amat aku sayangi : Hilmy Hasrin yang menemui PenciptaNya akibat kegagalan jantungnya berfungsi. Sepanjang perjalanan dari UM ke JB air mataku tidak berhenti mengalir. Ujian ini amat berat aku rasakan.. Kesedihan di atas kehilangan abah masih belum hilang dan kini satu lagi khabar duka mengintai diari hidupku. Malam tadi aku baru je bersembang dan bercerita dengan Mie di telefon tapi pagi ini..? Sukarnya aku menerima berita tersebut Allah saja yg tahu. Mie memang adik yang baik. Dia penyayang dan gemar berjenaka. Lelucon dan telatahnya sering membuat kami tak kering gusi. Sebagai org no. 2 di Jabatan Imigresen Negeri Johor, Mie tegas dalam tugasnya. Sampai ke saat ni aku masih terbayang2 wajah ceria Mie yang tak pernah lekang dengan senyuman, bergurau senda dengan kami adik beradik. Kami memang akrab.. dan yang paling akrab dengan Mie pastinya Aa, kembarnya. Dilahirkan dengan uri yang sama dan wajah seiras yang saling tak tumpah, mereka selalu mencuri perhatian di mana saja. Kesian Aa.. dia kehilangan adik, saudara, sahabat dan teman terbaiknya. Wajah tabah Aa tak berjaya menyembunyikan kedukaannya. Tak ku sangka, tulisan Mie pada wallpaper fbnya 'hari terakhir..' merupakan satu signal yang menyatakan bahawa dia akan meninggalkan kami semua buat selama2nya. Meninggalkan emak yang sangat memerlukannya, Hamidah ~ isteri yang dicintainya semenjak zaman persekolahan dulu, anakanda Haimy Najwa (1 thn 8 bulan), Aa, Kak Gee, aku, Aiman, ipar2 : Abg Rafi, Lin & Abg Sham dengan rasa rindu yang tiada taranya. Ya Allah, ampunilah dosa adikku ini, tempatkanlah beliau dlm kalangan orang2 yang bertaqwa, beriman dan beramal soleh. Kakak akan selalu merindui Mie.. kakak sayang Mie.. al Fatihah~
5 comments:
al fatihah
... aminnn... terima kasih andak.. :(
al-fatihah..mie mmg kwn yg sgt baik...kami slalu merindui dia kak..:(
al-fatihah..kami kwn mie sgt2 sedih dgn berita ni..dia mmg sorg yg sgt baik...kami akan merindui dia..:(
TMTK : terima kasih adik.. doakan mie yea dik. kakak sangat2 rindukan dia. sampai saat ni pun sukar rasanya nak menerima kenyataan mie dah takde bersama kami.. :'(
Post a Comment