Aku mula bercermin mata sejak usiaku 10 tahun lagi. Masa tu aku sekolah darjah 4 Delima kat SK Panglima Adnan, PD. Oleh kerana masa bersekolah dulu aku terlibat dengan sukan, aku jarang2 pakai spek. Bukan apa.. susah rasanya nak main bola sambil pakai spek lagipun aku takut gak kalau2 spek aku tu pecah. Dah la mahal (masa tu kemampuan nak beli spek terhad.. mahal!) kang pecah mesti abah ngan emak marah.. Dek kerana kejap pakai, kejap bukak 'power' spek aku naik punyalah mendadak. Tambah2 lagi aku ni rajin stay up utk study malam.. Masuk sekolah menengah aku dok hostel. Lagi la tabiat belajar dlm gelap aku menjadi2.. Maklumlah, dok hostel. Jam 11 pm je lampu dah ditutup tapi masa tu jugaklah mata ni segar bugar dan bersemangat mentelaah tu datang. Sebaik menjejakkan kaki ke menara gading, 'power' aku terus naik dgn jayanya dan sejak tu aku tak pernah berenggang dgn spek tebalku. Tanpanya, duniaku menjadi kabur.
Sebaik memulakan tugas sebagai guru, aku ditempatkan di SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya. Aku masih ingat tahun 2001, masa tu Aa ngan Mie (arwah) masih bergelumang dengan buku menghabiskan stadi kat UUM. Diorg balik dan memperkenalkan aku kepada contact lense (CL). CL pertama aku pakai ialah Softlense jenama Bosh and Lomb. Ingat lagi.. masa tu ngeri gak nak masukkan 'bendasing' dlm mata tp aku cuba sungguh2.. Best gak CL ni.. Pakai je lense terus rasa betapa terangnya dunia. Masa tu power spek aku 850 tapi utk lense 750. Bagusnya sebab dua2 belah mata aku sama power so senanglah bila nak pakai lense. Memang mudah, selesa dan sempoi sebab aku tak perlu pakai spek dah. Ada sekali tu, cermin mata aku pecah berderai dalam kelas.. Masa tu aku tgh syok mengajar. Tup2 dengar ada bunyik kaca dan tak lama pastu mata aku kabur.. Jenuh gak la aku nak tunggu kedai spek kat Giant (sebelah sekolah) tu bukak... Spek pecah jam 8 pagi, nak tunggu kedai bukak lak jam 1130 pagi.. punyalah susah ati aku masa tu. Maunya takkk.. aku tak nampak dgn jelas so aku mengajar main ikut dan ajelah.. Sejak hari tu aku dah tak nak buat spek dah.. Tak kuasa aku! Dah la mahal lebih RM500 tetiba lak pecah berderai. Tak berbaloi beb!
Tapi dua tiga minggu lepas, entah camane masa aku gi menembak kat Lapangsasar Sg Dua menyertai perkhemahan PKBM Darat, aku rasa mata aku kabur semacam je... Sangat2 tak selesa tapi aku diamkan je sebab aku ingatkan sekejap je macam tu. Mungkin lense aku perlu dicuci atau ditukar segera. Masuk tiga hari kemudian penglihatan aku makin teruk. Nak baca apapun tak boleh. Tengok tv pun tak jelas.. nak baca suratkabo pun tak upaya. Jalan pun tak berapa nak betul sebab dunia terasa tak seindah biasa. Mulalah aku menggelabah.. Ni mesti kes power bertambah ni.. Selama 10thn aku guna CL power aku maintain je.. Tak naik, tak gak turun. Itulah kebaikan CL berbanding spek - power dpt dikekalkan dlm tempoh yg panjang. Keadaan jadi makin teruk bila aku mengajar dlm kelas. Nasib baik la aku cekgu BI, akupun apa lagi mintak la students tolong bacakan teks konon utk test pronunciation, intonation & enunciation. Hehehe... padahal aku memang tak leh baca coz tak nampak. Semua abjad yang ada nampak berdouble2, bertindih2.. Dlm pada tu aku susah ati tahap gaban.. Allah je yang tahu apa dlm hati ni.. Mula la mcm2 andaian bermain2 di minda aku ni.. Entah2 aku nak jadi buta tak? Iskkk.. nauzubillah..
Akhirnya kerisauan tu aku suarakan kpd Abg Sham. Apa lagi abang terus bawak aku jumpa optician. Alhamdulillah, hasil pemeriksaan rupanya bukan power aku bertambah. Sebaliknya power aku turun ke 550 iaitu kurang 300 daripada sebelumnya. Gembiranya hati aku bukan kepalang.. Optician tu tanya apa yg aku makan atau amalkan sampai power boleh reduce banyak camtu sekali tapi aku tak dpt jawab soalan tu sebab akupun tak tau. Syukur kepada Ilahi, kini penglihatanku sudah semakin baik... Rezeki pun semakin murah, kehidupan juga semakin mudah dan hari-hari pun semakin indah.. Alhamdulillahi rabbil 'alamin.. :)