Bila hati berdetik resah
Ubati luka usah terus berdarah
Tinggalan parut biar jadi sejarah
Canggung tingkah jangan biar berulang
Hirisan kata takkan jadi penghalang
Kering tangisan menongkah gusar
Akal teguh berdiri menjarak gentar
Bila hati berdetik syahdu
Optimis rebah dirasuk bicara palsu
Hakikatnya hanya Dia yang Maha Tahu
Tabur manis senyum di balik tabir rasa
Hiasi bicara bersantun bahasa
Kerana tak semua khalayak mengerti
Perit pedih nista mendiam di sudut hati
Bila hati berdetik hiba
Lempar sayup duka nestapa
Benam sedalamnya segala sengketa
Ikhlaskan niat menggalas amanah
Meski tersadung mengorak langkah
Pasak kudrat menggapai matlamat
Bersama restuMu ke garis penamat
Nukil Rasa :
Zahizan Hasrin
15032025
No comments:
Post a Comment