Usai Isyak malam nanti, maka bermulalah terawih yang pertama bagi Ramadan tahun ini. Yang pasti Ramadan kali ini ku sambut dengan cara yang berbeza. Amat berbeza.. 🥺 Sempena tibanya bulan penuh keberkatan ini, dengan rendah hati ku pohon ampun maaf andai pernah aku melukakan hati sesiapa jua sama ada melalui lisan mahupun perlakuan. Marilah saling bermaafan agar ibadah dapat dilaksanakan dengan hati yang damai. Semoga kita semua diberi ruang dan peluang melalui bulan Al-Mubarak ini dengan ketaqwaan kepadaNya. Ramadan Kareem.. Maaf Zahir & Batin.
~Zahizan Hasrin~
01032025
01032025
No comments:
Post a Comment